Seksyen 1
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan
Perdagangan (Pindaan) 2025.
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Pindaan) 2025 is Malaysia Amendment Act, cited as Amendment Act A1766 2025, currently marked in force and first recorded in 2025.
1
UNDANG-UNDANG
MALAYSIA
Akta A1766
AKTA LEMBAGA PELESENAN KENDERAAN
PERDAGANGAN (PINDAAN) 2025
2
Tarikh Perkenan Diraja
...
...
26 Jun 2025
Tarikh penyiaran dalam Warta
...
9 Julai 2025
Hakcipta Pencetak H
Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Pindaan)
Opening note
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan
Perdagangan (Pindaan) 2025.
Seksyen baharu 41a
Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987 [Akta 334], yang disebut “Akta ibu” dalam Akta ini, dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 41 seksyen yang berikut:
“Memujuk atau mendesak 41a. (1) Mana-mana orang yang, tanpa kuasa yang sah, memujuk atau mendesak bagi maksud menawarkan perkhidmatan yang berkaitan dengan menerima untuk sewa atau upah untuk membawa penumpang atau berulang-alik untuk sewa
UNDANG-UNDANG MALAYSIA
Akta A1766
AKTA LEMBAGA PELESENAN KENDERAAN
PERDAGANGAN (PINDAAN) 2025
4
Undang-Undang Malaysia atau upah, sama ada dilakukan oleh orang itu atau tidak, di mana-mana tempat awam atau kawasan sampingannya atau di sekitar tempat itu, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
Walau apa pun mana-mana peruntukan lain dalam
Akta ini, seorang pegawai polis atau pegawai pengangkutan jalan boleh menangkap tanpa waran mana-mana orang yang telah melakukan atau disyaki telah melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen ini dan hendaklah tanpa kelengahan yang tidak perlu, membawa orang yang ditangkap itu ke balai polis yang paling hampir, dan selepas itu orang itu akan diperlakukan mengikut undang-undang yang berhubungan dengan tatacara jenayah yang sedang berkuat kuasa.
Bagi maksud seksyen ini, “tempat awam” termasuk semua bahagian dalam suatu lapangan terbang yang boleh dimasuki secara bebas oleh orang awam, mana-mana jalan, mana-mana terminal, atau mana-mana tempat yang telah diwartakan sebagai suatu perhentian bagi kenderaan perkhidmatan awam.”.
Seksyen baharu 49a
Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 49
seksyen yang berikut:
“Majistret mempunyai bidang kuasa penuh 49a. Walau apa pun peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang bertentangan, mahkamah Majistret Kelas Satu mempunyai bidang kuasa untuk membicarakan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini dan boleh menjatuhkan hukuman penuh bagi apa-apa kesalahan itu.”.
Kecualian
Apa-apa prosiding yang dimulakan atau yang belum selesai sebaik sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah, selepas tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, diteruskan seolah-olah Akta ibu tidak dipinda oleh Akta ini.
Akta A1766
Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Pindaan)
Apa-apa obligasi, liabiliti, hilang kelayakan, penalti atau hukuman yang terakru atau dikenakan di bawah Akta ibu boleh, selepas tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, diteruskan, dikuatkuasakan, dikenakan dan diuruskan, mengikut mana-mana yang berkenaan, seolah-olah Akta ibu tidak dipinda oleh
Akta ini.
If one provision's text doesn't match the official source, use Suggest a fix beside that provision — it opens an editor next to the source document. For anything else — a missing amendment, a broken link, out-of-date content, or a removal request — report it here.