Amendment Act · As enacted
Akta Levi Kenderaan Barang-Barang (Pindaan) 2022
Feedback & supportAmends the Goods Vehicle Levy Act 1983The text
Levi Kenderaan Barang-Barang (Pindaan)
1
UNDANG-UNDANG
MALAYSIA
AKTA LEVI KENDERAAN BARANG-BARANG
(PINDAAN) 2022
Undang-Undang Malaysia 2
Tarikh Perkenan Diraja
...
...
8 Oktober 2022
Tarikh penyiaran dalam Warta
...
18 Oktober 2022
Hakcipta Pencetak H
Levi Kenderaan Barang-Barang (Pindaan)
Mukadimah · Preamble
Suatu Akta untuk meminda Akta Levi Kenderaan Barang-Barang 1983.
[
]
DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut:
s 1Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Levi Kenderaan
Barang-Barang (Pindaan) 2022.
Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta.
s 2Seksyen baharu 7a dan 7b
Akta Levi Kenderaan Barang-Barang 1983 [Akta 294] dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 7 seksyen yang berikut:
“Kuasa untuk melanjutkan tempoh 7a. Jika, melalui Akta ini, suatu tempoh dinyatakan yang dalamnya sesuatu perbuatan atau benda hendaklah dilakukan oleh seseorang, dan Menteri berpuas hati bahawa perbuatan atau
UNDANG-UNDANG MALAYSIA
AKTA LEVI KENDERAAN BARANG-BARANG
(PINDAAN) 2022
Undang-Undang Malaysia 4
benda itu tidak dapat disempurnakan dalam tempoh itu disebabkan oleh berlakunya kecemasan awam atau krisis kesihatan awam,
Menteri boleh, mengikut terma dan syarat yang difikirkannya patut, melanjutkan tempoh untuk menyempurnakan perbuatan atau benda itu sebelum habis tempoh itu.
Kuasa untuk mengubah suai terma dan syarat 7b. (1) Jika terma dan syarat dikenakan menurut Akta ini,
Menteri boleh, atas nasihat Ketua Pengarah, dari semasa ke semasa mengubah suai terma dan syarat bagi maksud melaksanakan tujuan Akta ini.
Sebelum mengubah suai terma dan syarat, notis hendaklah diberikan kepada orang yang terikat dengan terma dan syarat itu menyatakan—
terma dan syarat sebagaimana diubah suai; dan
tarikh terma dan syarat sebagaimana diubah suai itu berkuat kuasa.
Terma dan syarat yang diubah suai tidak boleh berkuat kuasa kurang daripada empat belas hari dari tarikh notis di bawah subseksyen (2) dikeluarkan.
Bagi maksud seksyen ini, “ubah suai” ertinya tambah, potong atau ubah.”.