Amendment Act · As enacted
Akta Levi Keuntungan Luar Biasa (Pengesahan) 2023
Validates the windfall profit levy and protects the GovernmentThe text
Levi Keuntungan Luar Biasa (Pengesahan)
1
UNDANG-UNDANG
MALAYSIA
AKTA LEVI KEUNTUNGAN LUAR BIASA
(PENGESAHAN) 2023
Undang-Undang Malaysia 2
Tarikh Perkenan Diraja
...
...
27 April 2023
Tarikh penyiaran dalam Warta
...
5 Mei 2023
Hakcipta Pencetak H
Levi Keuntungan Luar Biasa (Pengesahan)
3
UNDANG-UNDANG MALAYSIA
AKTA LEVI KEUNTUNGAN LUAR BIASA
(PENGESAHAN) 2023
Mukadimah · Preamble
Suatu Akta bagi mengesahkan pengenaan, levi dan pemungutan levi keuntungan luar biasa dan untuk menanggung rugi
Kerajaan Malaysia dan pegawai-pegawainya yang tertentu berkenaan dengan levi keuntungan luar biasa yang telah dikenakan, dilevi dan dipungut di seluruh Malaysia semasa tempoh dari 1 Januari 1999
hingga 31 Januari 2023.
[
]
DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut:
s 1Tajuk ringkas
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Levi Keuntungan Luar
Biasa (Pengesahan) 2023.
s 2Pengesahan dan tanggung rugi
Walau apa pun peruntukan Akta Levi Keuntungan Luar
Biasa 1998 [Akta 592], levi keuntungan luar biasa yang telah dikenakan, dilevi dan dipungut di seluruh Malaysia semasa tempoh dari 1 Januari 1999 hingga 31 Januari 2023 dan yang dikatakan telah dikenakan, dilevi dan dipungut di bawah kuasa
Perintah Levi Keuntungan Luar Biasa (Minyak Kelapa Sawit Mentah dan Minyak Isirong Sawit Mentah) 1998 [P.U. (A) 494/1998],
Undang-Undang Malaysia 4
Perintah Levi Keuntungan Luar Biasa (Minyak Kelapa Sawit Mentah dan Minyak Isirung Sawit Mentah) 2008 [P.U. (A) 217/2008],
Perintah Levi Keuntungan Luar Biasa (Buah Kelapa Sawit) 2008
[P.U. (A) 250/2008] dan Perintah Levi Keuntungan Luar Biasa
(Elektrik) 2008 [P.U. (A) 234/2008], sebagaimana dipinda dari semasa ke semasa, hendaklah disifatkan telah dikenakan, dilevi dan dipungut dengan sah.
Tiada tindakan atau prosiding undang-undang boleh dibawa, dimulakan atau dikekalkan terhadap Kerajaan Malaysia atau mana-mana pegawai Kerajaan Malaysia atau mana-mana orang yang bertindak di bawah mereka berkenaan dengan apa-apa levi keuntungan luar biasa yang telah dikenakan, dilevi dan dipungut yang levi keuntungan luar biasa itu dikatakan telah dikenakan, dilevi dan dipungut menurut kuasa Perintah Levi Keuntungan Luar Biasa (Minyak
Kelapa Sawit Mentah dan Minyak Isirong Sawit Mentah) 1998
[P.U. (A) 494/1998], Perintah Levi Keuntungan Luar Biasa
(Minyak Kelapa Sawit Mentah dan Minyak Isirung Sawit Mentah) 2008
[P.U. (A) 217/2008], Perintah Levi Keuntungan Luar Biasa
(Buah Kelapa Sawit) 2008 [P.U. (A) 250/2008] dan Perintah Levi
Keuntungan Luar Biasa (Elektrik) 2008 [P.U. (A) 234/2008], sebagaimana dipinda dari semasa ke semasa, dan jika apa-apa tindakan atau prosiding undang-undang sedemikian telah dibawa, dimulakan atau dikekalkan, ia hendaklah dibatalkan dan dijadikan tidak sah dan tiada pembayaran balik berkenaan dengan levi keuntungan luar biasa yang telah dikenakan, dilevi dan dipungut seperti yang dinyatakan dalam Akta ini boleh dibuat.