Skip to content
In forceAs enactedRead it in English

Amendment Act

Akta Levi Pelepasan (Pindaan) 2022

Feedback & supportAmends the Departure Levy Act 2019

The text

Levi Pelepasan (Pindaan)

1

UNDANG-UNDANG

MALAYSIA

AKTA LEVI PELEPASAN (PINDAAN) 2022

Undang-Undang Malaysia 2

Tarikh Perkenan Diraja

...

...

8 Oktober 2022

Tarikh penyiaran dalam Warta

...

18 Oktober 2022

Hakcipta Pencetak H

Levi Pelepasan (Pindaan)

Mukadimah · Preamble

Suatu Akta untuk meminda Akta Levi Pelepasan 2019.

[

]

DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut:

s 1Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa

(1)

Akta ini bolehlah dinamakan Akta Levi Pelepasan

(Pindaan) 2022.

(2)

Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta.

s 2Seksyen baharu 62a dan 62b

Akta Levi Pelepasan 2019 [Akta 813] dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 62 seksyen yang berikut:

“Kuasa untuk melanjutkan tempoh 62a.  Jika, melalui Akta ini, suatu tempoh dinyatakan yang dalamnya sesuatu perbuatan atau benda hendaklah dilakukan oleh seseorang, dan Menteri berpuas hati bahawa perbuatan

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

AKTA LEVI PELEPASAN (PINDAAN) 2022

Undang-Undang Malaysia 4

atau benda itu tidak dapat disempurnakan dalam tempoh itu disebabkan oleh berlakunya kecemasan awam atau krisis kesihatan awam, Menteri boleh, mengikut terma dan syarat yang difikirkannya patut, melanjutkan tempoh untuk menyempurnakan perbuatan atau benda itu sebelum habis tempoh itu.

Kuasa untuk mengubah suai terma dan syarat 62b.  (1)  Jika terma dan syarat dikenakan menurut Akta ini,

Menteri boleh, atas nasihat Ketua Pengarah, dari semasa ke semasa mengubah suai terma dan syarat bagi maksud melaksanakan tujuan Akta ini.

(2)

Sebelum mengubah suai terma dan syarat, notis hendaklah diberikan kepada orang yang terikat dengan terma dan syarat itu menyatakan—

(a)

terma dan syarat sebagaimana diubah suai; dan

(b)

tarikh terma dan syarat sebagaimana diubah suai itu berkuat kuasa.

(3)

Terma dan syarat yang diubah suai tidak boleh berkuat kuasa kurang daripada empat belas hari dari tarikh notis di bawah subseksyen (2) dikeluarkan.

(4)

Jika terma dan syarat itu pada mulanya dikenakan oleh Ketua Pengarah menurut Akta ini, terma dan syarat sebagaimana diubah suai oleh Menteri hendaklah disifatkan telah dikenakan oleh Ketua Pengarah.

(5)

Bagi maksud seksyen ini, “ubah suai” ertinya tambah, potong atau ubah.”.