Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Makanan (Pindaan) 2024.
Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta.
s 2Pindaan seksyen 2
Akta Makanan 1983 [Akta 281], yang disebut “Akta ibu”
dalam Akta ini, dipinda dalam seksyen 2 dengan memotong takrif
“tembakau” dan “hasil tembakau”.
s 3Pemotongan seksyen 36
Akta ibu dipinda dengan memotong seksyen 36.
Undang-Undang Malaysia 4
Mana-mana perundangan subsidiari yang berhubungan dengan hasil tembakau yang berkuat kuasa sebaik sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah, sehingga dipinda atau dibatalkan, terus berkuat kuasa dan ditafsirkan seolah-olah Akta ibu tidak dipinda oleh Akta ini.
Apa-apa pendaftaran atau tindakan yang dibuat, atau notis, arahan atau kelulusan yang diberikan atau dikeluarkan yang berhubungan dengan hasil tembakau di bawah seksyen 36
Akta ibu hendaklah, pada permulaan kuat kuasa Akta ini, diuruskan di bawah Akta Kawalan Produk Merokok Demi
Kesihatan Awam 2024 [Akta 852].