Skip to content
In forceAs enactedRead it in English
Contents

Bahagian II · Bahagian II Akta ini, dipinda dengan menggantikan seksyen 2

9. Seksyen baharu 8a

Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 8

seksyen yang berikut:

“Hadiah 8a.  (1)  Lembaga boleh, bagi pihak Maktab, menerima dengan cara pemberian, hadiah, pemberian berwasiat, bantuan, warisan atau selainnya, apa-apa harta dan wang sebagai bantuan kewangan Maktab atas apa-apa syarat sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga.

(2)

Apa-apa harta atau wang yang diterima oleh Maktab di bawah subseksyen (1) hendaklah, tertakluk kepada terma dan syarat yang padanya harta atau wang itu diberikan dan diterima, digunakan oleh Lembaga untuk kesemua atau mana-mana maksud Maktab mengikut Akta ini.

Undang-Undang Malaysia 18

(3)

Suatu daftar hendaklah disimpan berkenaan dengan semua harta dan wang yang diterima oleh Lembaga di bawah subseksyen (1), termasuk nama penderma dan apa-apa syarat khas yang padanya harta dan wang itu telah diberikan.

(4)

Semua harta dan wang yang diberikan dan diterima bagi apa-apa maksud tertentu hendaklah digunakan dan ditadbirkan mengikut maksud yang baginya harta dan wang itu diberikan dan diterima dan hendaklah diakaunkan secara berasingan.”.

Report

Bahagian III

Pindaan Kepada Akta Maktab Kerjasama (Pemerbadanan) 1968

Bahagian IV

Pindaan Kepada Co-Operative College (Incorporation) Act 1968