Skip to content
In forceAs enactedRead it in English

Amendment Act

Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) (Pindaan) 2017

Feedback & supportAmends the Law Reform (Marriage and Divorce) Act 1976

Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged

(1)

Akta ini bolehlah dinamakan Akta Membaharui

Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) (Pindaan) 2017.

(2)

Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta.

s 2Pindaan seksyen 3

Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan

Perceraian) 1976 [Akta 164], yang disebut “Akta ibu” dalam Akta ini, dipinda dalam subseksyen 3(3)—

(a)

dengan menggantikan perkataan “yang di hadapannya suatu petisyen perceraian telah dibuat di bawah seksyen 51,

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

AKTA MEMBAHARUI UNDANG-UNDANG

(PERKAHWINAN DAN PERCERAIAN)

(PINDAAN) 2017

Undang-Undang Malaysia 4

daripada” dengan perkataan “daripada mempunyai bidang kuasa eksklusif atas pembubaran sesuatu perkahwinan dan semua perkara yang berbangkit daripada itu termasuklah”;

dan

(b)

dengan menggantikan perkataan “atas petisyen daripada satu pihak kepada suatu perkahwinan jika pihak yang satu lagi itu telah masuk Islam, dan dekri itu adalah, walau apa pun undang-undang bertulis lain yang berlawanan, sah terhadap pihak kepada perkahwinan itu yang telah masuk Islam sedemikian itu” dengan perkataan “atau perintah lain di bawah Bahagian VII dan Bahagian VIII bagi suatu petisyen perceraian di bawah seksyen 53 yang satu pihak masuk Islam selepas petisyen difailkan atau selepas dekri diisytiharkan, atau suatu petisyen perceraian di bawah seksyen 51, 52 atau 53 bagi petisyen oleh salah satu pihak atau kedua-dua pihak kepada suatu perkahwinan yang satu pihak telah masuk Islam, dan dekri dan perintah yang dibuat itu adalah, walau apa pun undang-undang bertulis lain yang berlawanan, sah terhadap pihak kepada perkahwinan itu yang telah masuk

Islam sedemikian itu”.

s 3Pindaan seksyen 12

Subseksyen 12(1) Akta ibu dipinda—

(a)

dalam perenggan (a), dengan memasukkan selepas perkataan “bapanya” perkataan “atau ibunya”;

(b)

dalam perenggan (b), dengan memotong perkataan “atau bapanya telah mati”; dan

(c)

dengan menggantikan perenggan (c) dengan perenggan yang berikut:

“(c) jika orang itu ialah seorang anak angkat, bapa angkatnya atau ibu angkatnya; atau”.

Membaharui Undang-Undang

(Perkahwinan dan Perceraian) (Pindaan)

s 4Pindaan seksyen 51

Seksyen 51 Akta ibu dipinda—

(a)

dengan menggantikan subseksyen (1) dengan subseksyen yang berikut:

“(1)  Jika satu pihak kepada sesuatu perkahwinan telah masuk Islam—

(a)

salah satu pihak boleh mempetisyen untuk perceraian di bawah seksyen ini atau seksyen 53; atau

(b)

kedua-dua pihak boleh mempetisyen untuk perceraian di bawah seksyen 52.”;

(b)

dalam subseksyen (2)—

(i)

dengan memasukkan selepas perkataan “membubarkan perkahwinan itu” perkataan “atau pada bila-bila masa”; dan

(ii)

dengan memasukkan selepas perkataan “jika ada,” perkataan “di bawah Bahagian VII dan

Bahagian VIII

Bahagian VIII”; dan