Skip to content

Seksyen 19

Semua benda yang disita kena dilucut hak

of Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984

ActIn forceProvision 25 of 33
Seksyen 19

(2)

Jika tidak ada pendakwaan berhubungan dengan mana-mana mesin cetak, hasil penerbitan atau makalah lain yang disita di bawah

Akta ini, maka mesin cetak, hasil penerbitan atau makalah lain itu hendaklah dikira dan disifat dilucuthakkan apabila tamatnya tempoh satu bulan kalendar dari tarikh penyampaian suatu notis bertulis tentang penyitaan itu melainkan jika suatu tuntutan mengenainya dibuat sebelum tarikh itu mengikut cara yang dinyatakan selepas ini.

(3)

Mana-mana orang yang menuntut bahawa dia ialah pemunya mesin cetak, hasil penerbitan atau makalah lain itu dan bahawa ia tidak boleh dilucut hak bolehlah, dengan sendirinya atau melalui ejennya yang diberi kuasa secara bertulis, memberi notis bertulis kepada pegawai kanan berkuasa bahawa dia membuat tuntutan ke atas kesemuanya itu.

(4)

Apabila diterima notis itu pegawai kanan berkuasa hendaklah merujuk tuntutan itu kepada Menteri yang boleh mengarahkan supaya mesin cetak, hasil penerbitan atau makalah lain itu dilepaskan kepada pihak menuntut atau selainnya dilupuskan atau boleh mengarahkan pegawai kanan berkuasa supaya merujuk perkara itu kepada mahkamah untuk keputusannya.