Seksyen 25
Pengecualian
of Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984
ActIn forceProvision 31 of 33
Seksyen 25
(1)
Tiada apa-apa jua dalam Akta ini boleh meliputi hasil penerbitan atau membuat apa-apa dokumen atau majalah berkala oleh atau untuk Kerajaan Persekutuan atau mana-mana Kerajaan Negeri atau mana-mana badan berkanun.
(2)
Menteri boleh melalui perintah yang disiarkan dalam Warta mengecualikan mana-mana orang, mesin cetak atau hasil penerbitan daripada pemakaian semua atau mana-mana peruntukan Akta ini.