Skip to content
In forceAs enactedRead it in English

Amendment Act

Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (Pindaan) 2012

Amends the Printing Presses and Publications Act 1984

Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged

(1)

Akta ini bolehlah dinamakan Akta Mesin Cetak dan

Penerbitan (Pindaan) 2012.

(2)

Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta.

s 2Pindaan seksyen 3

Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 [Akta 301], yang disebut “Akta ibu” dalam Akta ini, dipinda dengan menggantikan subseksyen 3(3) dengan subseksyen yang berikut:

“(3) Menteri boleh memberi kepada mana-mana orang suatu lesen bagi menyimpan mesin cetak untuk digunakan atau menggunakan mesin cetak dan dia boleh menolak mana-mana permohonan untuk mendapatkan lesen sedemikian atau boleh pada bila-bila masa membatalkan atau menggantung lesen itu selama apa-apa tempoh yang difikirkannya wajar.”.

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

AKTA MESIN CETAK DAN PENERBITAN

(PINDAAN) 2012

Undang-Undang Malaysia 4

s 3Pindaan seksyen 6

Subseksyen 6(1) Akta ibu dipinda dengan memotong perkataan

“menurut budi bicaranya yang mutlak”.

s 4Penggantian seksyen 12

Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 12 dengan seksyen yang berikut:

s 12“Kesahan lesen dan permit

Suatu lesen atau permit yang diberikan di bawah Akta ini hendaklah tertakluk kepada apa-apa syarat sebagaimana yang diendorskan dalam lesen atau permit itu dan hendaklah kekal sah selagi lesen atau permit itu tidak dibatalkan.”.

s 5Pindaan seksyen 13A

Subseksyen 13A(1) Akta ibu dipinda dengan memotong perkataan

“dan tidak boleh dipersoalkan oleh mana-mana mahkamah atas apa-apa jua alasan pun”.

s 6Penggantian seksyen 13B

Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 13B dengan seksyen yang berikut:

s 13B“Hak untuk didengar

Seseorang yang diberikan suatu lesen atau permit di bawah Akta ini hendaklah diberi suatu peluang untuk didengar sebelum suatu keputusan untuk membatalkan atau menggantung lesen atau permit itu dibuat di bawah subseksyen 3(3), 6(2) atau 13(1), mengikut mana-mana yang berkenaan.”.

s 7Peruntukan kecualian

Suatu lesen atau permit yang telah diberikan dan sah pada tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah kekal sah selagi lesen atau permit itu tidak dibatalkan, walau apa pun tarikh habis tempoh lesen atau permit itu.