Skip to content

Seksyen 75

of Akta Ordinan Buruh Sarawak (Pindaan) 2025

Amendment ActIn forceProvision 94 of 94

Seksyen 75

(1)

Apa-apa aduan, penyiasatan, siasatan, perbicaraan, pendakwaan, prosiding atau rayuan yang telah dibuat, diambil atau dimulakan di bawah Ordinan sebaik sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, hendaklah diuruskan, diteruskan dan diselesaikan di bawah dan mengikut peruntukan Ordinan seolah-olah Ordinan tidak dipinda oleh Akta ini.

(2)

Apa-apa kelulusan atau kebenaran yang diberikan di bawah

Ordinan sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah terus sah sehingga habis tempoh kelulusan atau kebenaran itu seolah-olah Ordinan tidak dipinda oleh Akta ini.

(3)

Apa-apa permohonan bagi kelulusan atau kebenaran Pengarah yang belum selesai sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah, pada tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, diuruskan oleh Pengarah di bawah peruntukan Ordinan sebagaimana yang dipinda oleh Akta ini.

(4)

Apa-apa perintah, notis, saman, borang atau arahan yang dibuat, dikeluarkan atau diberikan di bawah Ordinan sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah, setakat yang ia selaras dengan Akta ini, terus sah dan disifatkan telah dibuat, dikeluarkan atau diberikan di bawah peruntukan Ordinan sebagaimana yang dipinda oleh Akta ini.