Skip to content
In forceUpdated to 1 Dec 2011Read it in English

3. Pemberian elaun kenangan

Feedback & support
(1)

Maka bolehlah diberikan suatu elaun kenangan sebanyak satu ribu lima ratus ringgit sebulan kepada seseorang penerima

Darjah Kebesaran, dan jika Darjah Kebesaran itu dianugerahkan kepada penerima itu lebih daripada sekali, maka bolehlah diberikan suatu elaun kenangan yang berasingan sebanyak satu ribu lima ratus ringgit sebulan kepadanya berkenaan dengan setiap Darjah Kebesaran yang dianugerahkan kepadanya.

(2)

Elaun kenangan hendaklah dibayar secara tunggakan tidak lebih awal daripada penghujung setiap bulan.

(3)

Jika Darjah Kebesaran dianugerahkan sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini dan penerima masih hidup pada tarikh permulaan kuat kuasa itu, elaun kenangan hendaklah dibayar kepada penerima secara ke belakang, mulai dari bulan Darjah Kebesaran itu dianugerahkan kepadanya, tetapi tidak boleh lebih awal, dalam apa-apa keadaan, daripada bulan Jun 1983.

(4)

Jika Darjah Kebesaran itu dianugerahkan pada atau selepas permulaan kuat kuasa Akta ini, elaun kenangan hendaklah dibayar kepada penerima mulai dari bulan

Darjah

Kebesaran itu dianugerahkan kepadanya.

Panglima Gagah Berani (Elaun Kenangan) 7

Report