Skip to content

Seksyen 13

Penggantian seksyen 66

of Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan) 2011

Amendment ActIn forceProvision 13 of 76
Seksyen 13

Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 66 dengan seksyen yang berikut:

“Kuasa Suruhanjaya untuk menyiasat transaksi berkenaan dengan sekuriti dan derivatif

Quoted provision

Seksyen 66

(1)

Suruhanjaya boleh menyiasat mana-mana transaksi yang melibatkan pembelian atau penjualan sekuriti atau derivatif yang dibuat atau menyebabkan supaya dibuat oleh—

(a)

seorang pemohon untuk pemberian lesen, pengarah, ketua eksekutif, pengurus atau pengawalnya, sama ada secara langsung atau tidak langsung, semasa mana-mana tempoh dua belas bulan sebelum permohonan bagi pemberian lesen itu; atau

Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan)

(b)

orang berlesen, pengarah, ketua eksekutif, pengurus atau pengawalnya, sama ada secara langsung atau tidak langsung, pada bila-bila masa, untuk menentukan jika orang itu telah dalam transaksi itu menggunakan muslihat atau amalan perdagangan yang curang, tidak saksama atau tidak beretika, sama ada muslihat atau amalan perdagangan itu menjadi suatu kesalahan di bawah

Akta ini atau selainnya.

(2)

Orang yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah mengemukakan maklumat terperinci mengenai apa-apa transaksi yang melibatkan pembelian atau penjualan sekuriti atau derivatif bagi tempoh itu kepada Suruhanjaya, dalam apa-apa bentuk dan cara, dan dalam masa, sebagaimana yang boleh dinyatakan oleh Suruhanjaya melalui notis secara bertulis.

(3)

Sebagai tambahan kepada mana-mana penalti lain yang boleh dikenakan di bawah Akta ini, seseorang yang tidak atau enggan mengemukakan maklumat kepada Suruhanjaya dalam masa yang dinyatakan dalam notis yang disebut dalam subseksyen (2) atau yang memberikan maklumat yang palsu atau mengelirukan atau maklumat itu mengandungi suatu ketinggalan yang material, boleh menyebabkan permohonannya untuk pemberian suatu lesen ditolak atau lesennya dibatalkan di bawah seksyen 72.”.