Seksyen 29
Penggantian seksyen 99
of Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan) 2011
Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 99 dengan seksyen yang berikut:
“Berdagang dalam derivatif terselaras atas akaun sendiri
Quoted provision
Seksyen 99
Pemegang Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal yang menjalankan urusan berniaga dalam derivatif tidak boleh, sebagai prinsipal, berdagang dalam mana-mana derivatif terselaras dengan seseorang yang bukan pemegang kecuali jika dia terlebih dahulu memberitahu orang itu secara bertulis bahawa dia bertindak dalam transaksi itu sebagai prinsipal dan bukannya sebagai ejen.
(2)
Sebutan dalam seksyen ini kepada pemegang Lesen
Perkhidmatan Pasaran Modal yang menjalankan urusan berniaga dalam derivatif sebagai prinsipal termasuklah sebutan kepada seseorang—
(a)
yang berniaga atau membuat transaksi bagi pihak seseorang yang bersekutu dengan pemegang itu;
Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan)
(b)
yang berniaga dalam derivatif bagi pihak suatu perbadanan yang dalamnya ia mempunyai suatu kepentingan mengawal; atau
(c)
berniaga dalam derivatif bagi pihak suatu perbadanan yang kepentingannya dan kepentingan pengarahnya bersama menjadi suatu kepentingan mengawal.
(3)
Tiada apa-apa jua dalam seksyen 107 boleh menyentuh mana-mana hak tindakan yang diberikan kepada seorang pembeli atau vendor di bawah mana-mana undang-undang lain yang berkaitan dengan transaksi itu.”.