Skip to content

Seksyen 378

of Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan) 2011

Amendment ActIn forceProvision 66 of 76

Seksyen 378

(1)

Suruhanjaya boleh, dengan kelulusan Menteri, membuat apa-apa peraturan-peraturan yang difikirkannya perlu atau suai manfaat bagi—

(a)

memberikan kesan sepenuhnya kepada peruntukan

Akta ini;

(b)

menjalankan atau mencapai tujuan dan maksud Akta ini; atau

(c)

melaksanakan selanjutnya, dengan lebih baik atau dengan lebih mudah peruntukan Akta ini.

(2)

Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen ini boleh memperuntukkan bagi—

(a)

borang bagi maksud Akta ini;

(b)

fi yang perlu dibayar bagi maksud Akta ini;

(c)

pengawalseliaan pembelian dan penjualan produk pasaran modal;

(d)

piawaian berkenaan dengan kelayakan, pengalaman dan latihan orang berlesen dan pengarah syarikat tersenarai awam;

(e)

penjalanan urusan sesuatu bursa saham, bursa derivatif atau pusat penjelasan diluluskan; atau

(f)

pengecualian daripada mana-mana peruntukan Akta ini ke atas mana-mana orang yang ditentukan atau kepada mana-mana orang yang merupakan anggota suatu golongan orang yang ditentukan, tertakluk kepada terma dan syarat.”.

Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan)

87

Seksyen 378A baru