Seksyen 41
Pengecualian keterangan
Jika suatu pertikaian yang berkaitan dengan perkara yang tentangnya prosiding pendamaian telah berlaku, tiada keterangan boleh dikemukakan dalam prosiding di hadapan Tribunal selain suatu penyataan bertulis berkenaan dengan perkara itu sebagaimana yang dipersetujui dan ditandatangani oleh pihak-pihak kepada pertikaian itu.
(2)
Tiada keterangan boleh diberikan dalam prosiding di hadapan
Tribunal atas apa-apa tawaran yang berhubungan dengan apa-apa perkara yang berkaitan dengan pertikaian yang dibuat tanpa prejudis oleh mana-mana orang kecuali dengan persetujuan orang itu.
(3)
Pengecualian yang dinyatakan dalam subseksyen (1) dan (2)
hendaklah terpakai dalam mana-mana prosiding di hadapan mana-mana mahkamah.