Seksyen 5
Terma dan syarat yang mengatasi
ActIn forceProvision 5 of 112
Seksyen 5
(1)
Jika apa-apa terma dan syarat suatu perjanjian perkhidmatan, sama ada perjanjian itu telah dibuat sebelum atau selepas Akta ini mula berkuat kuasa, tidak memihak kepada pekerja gig berbanding terma dan syarat yang diperuntukkan di bawah Akta ini, terma dan syarat perjanjian perkhidmatan itu hendaklah terbatal.
(2)
Terma dan syarat yang tidak memihak yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah digantikan dengan terma dan syarat sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Akta ini.