Skip to content
In forceAs enactedRead it in English

11. Kecualian dan peralihan

(1)

Apa-apa tindakan atau prosiding yang telah bermula atau belum selesai sebaik sebelum tarikh permulaan kuat kuasa

Akta ini hendaklah, selepas tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, diteruskan seolah-olah Akta ibu tidak dipinda oleh Akta ini.

(2)

Jika pemaju perumahan berlesen telah diberi suatu lesen sebaik sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini tetapi belum membayar deposit di bawah subseksyen 6(1), peruntukan Akta ibu yang terpakai bagi pembayaran deposit hendaklah terus terpakai seolah-olah Akta ibu tidak dipinda oleh Akta ini.

Report