Akta Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023 · Updated to 16 Jun 2023 · Bahagian III · Pindaan Kepada Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971
45. Pindaan seksyen 7
Feedback & supportSeksyen 7 Akta ibu dipinda dengan menggantikan subseksyen (1)
dengan subseksyen yang berikut:
“(1) Seseorang yang berdagang senjata api hendaklah dihukum dengan pemenjaraan bagi tempoh tidak kurang daripada tiga puluh tahun tetapi tidak melebihi empat puluh tahun dan disebat tidak kurang daripada enam kali.”.