Skip to content
In forceUpdated to 1 Jan 2006Read it in English

Act of Parliament

Water Supply (Federal Territory of Kuala Lumpur) Act 1998

Supply and distribution of water in the federal capital territory

Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged

s 1Tajuk ringkas

Akta ini bolehlah dinamakan Akta Pembekalan Air (Wilayah

Persekutuan Kuala Lumpur) 1998.

(1)

Undang-undang yang berhubungan dengan pembekalan dan pembahagian air dalam Negeri Selangor hendaklah terpakai bagi

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur tetapi dengan ubah suaian yang perlu, mengikut kehendak konteks.

(2)

Walau apa pun subseksyen (1), Menteri boleh melalui perintah membuat apa-apa ubah suaian yang perlu kepada mana-mana peruntukan undang-undang yang disebut dalam subseksyen (1)

bagi maksud menghapuskan kesulitan dalam pemakaiannya bagi

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

*CATATAN—Bagi pemakaian di Wilayah Persekutuan Putrajaya–lihat Perintah Wilayah Persekutuan

Putrajaya (Peluasan dan Pengubahsuaian Akta Pembekalan Air (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur)

1998) 2004 [P.U. (A) 142/2004].

Undang-Undang Malaysia

AKTA 581 6

Pihak berkuasa yang bertanggungjawab bagi Wilayah

(1)

Pihak berkuasa yang bertanggungjawab bagi pembekalan dan pembahagian air dalam Negeri Selangor hendaklah menjalankan, bagi pihak Kerajaan Persekutuan, kuasa dan fungsi di bawah undang-undang yang terpakai bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mengenai perkara-perkara yang berhubungan dengan pembekalan dan pembahagian air dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

(2)

Tiada apa-apa jua dalam subseksyen (1) boleh menghalang

Kerajaan Persekutuan daripada menjalankan bagi pihaknya sendiri kuasa dan fungsi yang berhubungan dengan pembekalan dan pembahagian air di bawah undang-undang yang terpakai bagi Wilayah

Persekutuan Kuala Lumpur.

(1)

Enakmen Bekalan Air [N.M.B. Bab 203] hendaklah terhenti terpakai bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

(2)

Perintah (Enakmen Bekalan Air) Wilayah Persekutuan 1974

[P.U. (A) 153/1974] dibatalkan.

(3)

Perundangan subsidiari yang dibuat di bawah Enakmen

Bekalan Air dan yang berkuat kuasa dalam Wilayah Persekutuan

Kuala Lumpur hendaklah terus berkuat kuasa sehingga dibatalkan, dipinda atau digantikan dengan perundangan subsidiari yang dibuat berkenaan dengan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di bawah undang-undang yang berhubungan dengan pembekalan dan pembahagian air dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Pembekalan Air (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur)

7

SENARAI PINDAAN

Undang-undang yang

Tajuk ringkas

Berkuat kuasa dari meminda

TIADA –

Undang-Undang Malaysia

AKTA 581 8

SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA

Seksyen

Kuasa meminda

Berkuat kuasa dari

TIADA –