Act of Parliament · Updated to 1 Dec 2011
Capitation Grant Act 1993
Feedback & supportAmends a part of a schedule to the Federal ConstitutionThe text
UNDANG-UNDANG
MALAYSIA
VERSI ATAS TALIAN TEKS CETAKAN SEMULA YANG
KEMAS KINI
AKTA PEMBERIAN MENGIKUT
BILANGAN ORANG 1993
Sebagaimana pada 1 Disember 2011
2
Tarikh Perkenan Diraja … … … … … 22 Januari 1993
Tarikh penyiaran dalam Warta … … 4 Februari 1993
\
3
Mukadimah · Preamble
Suatu Akta untuk meminda peruntukan Bahagian 1 Jadual
Kesepuluh kepada Perlembagaan Persekutuan.
[1 Januari 1992]
Mukadimah · Preamble
BAHAWASANYA adalah diperuntukkan oleh Fasal (2) Perkara 109
Perlembagaan Persekutuan bahawa Parlimen boleh dari semasa ke semasa dengan undang-undang mengubah kadar bagi pemberian mengikut ikut kepala yang terdapat dalam Bahagian 1 Jadual
Kesepuluh;
DAN BAHAWASANYA menurut Fasal (4) (b) Perkara 159
Perlembagaan Persekutuan apa-apa pindaan kepada Perlembagaan yang bersampingan dengan atau berbangkit daripada penjalanan apa-apa kuasa untuk membuat undang-undang yang diberi kepada
Parlimen oleh mana-mana peruntukan Perlembagaan, selain daripada
Perkara 74 dan 76, adalah dikecualikan daripada peruntukan-peruntukan Fasal (3) Perkara 159;
OLEH YANG DEMIKIAN, MAKA INILAH DIPERBUAT
UNDANG-UNDANG oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan
Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan
Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti yang berikut:
s 1Tajuk ringkas
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Pemberian Mengikut Bilangan
Orang 1993.
6 Undang-undang Malaysia ACT 503
Pindaan Bahagian 1 Jadual Kesepuluh kepada Perlembagaan
Persekutuan.
s 2Section 2
Bahagian 1 Jadual Kesepuluh kepada Perlembagaan Persekutuan adalah dipinda dengan menggantikan perenggan (a), (b), (c) dan (d)
subseksyen 1(1) dengan yang berikut:
“(a) bagi 50,000 orang yang pertama mengikut kadar $60.00
bagi tiap-tiap seorang;
bagi 500,000 orang yang berikutnya mengikut kadar $8.50
bagi tiap-tiap seorang;
bagi 500,000 orang yang berikutnya mengikut kadar $9.00
bagi tiap-tiap seorang;
bagi yang selebihnya mengikut kadar $9.50 tiap-tiap seorang,”.
_____________________________________
7
SENARAI PINDAAN
Undang-undang yang meminda
Tajuk ringkas
Berkuat kuasa dari
─ TIADA ─
8
SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA
Seksyen
Kuasa meminda
Berkuat kuasa dari
─ TIADA ─