Skip to content
In forceUpdated to 1 Jan 2006Read it in English

Act of Parliament

Akta Pemberian Mengikut Bilangan Orang 2002

Feedback & supportAmends a part of a schedule to the Federal Constitution

The text

UNDANG-UNDANG

MALAYSIA

CETAKAN SEMULA

AKTA PEMBERIAN MENGIKUT

BILANGAN ORANG 2002

Mengandungi segala pindaan hingga 1 Januari 2006 2006

Undang-Undang Malaysia

AKTA 622 2

Tarikh Perkenan Diraja ... ... ... … … …

24 Julai 2002

Tarikh penyiaran dalam Warta… … … …

1 Ogos 2002

CETAKAN SEMULA YANG TERDAHULU

Cetakan Semula Yang Pertama

...

...

2004

Pemberian Mengikut Bilangan Orang 3

Mukadimah · Preamble

Suatu Akta untuk meminda peruntukan Bahagian I Jadual Kesepuluh kepada Perlembagaan Persekutuan.

[1 Januari 2002 ]

Mukadimah · Preamble

BAHAWASANYA adalah diperuntukkan oleh Fasal (2) Perkara 109 Perlembagaan Persekutuan bahawa Parlimen boleh dari semasa ke semasa melalui undang-undang mengubah kadar pemberian mengikut bilangan orang yang terdapat dalam Bahagian I Jadual

Kesepuluh kepada Perlembagaan itu:

DAN BAHAWASANYA menurut Fasal (4)(b) Perkara 159

Perlembagaan Persekutuan apa-apa pindaan kepada Perlembagaan yang bersampingan dengan atau berbangkit daripada penjalanan apa-apa kuasa untuk membuat undang-undang yang diberikan kepada

Parlimen oleh mana-mana peruntukan Perlembagaan, selain Perkara 74 dan 76, dikecualikan daripada peruntukan Fasal (3) Perkara 159:

MAKA OLEH YANG DEMIKIAN, INILAH DIPERBUAT oleh

Parlimen Malaysia seperti yang berikut:

s 1Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa

(1)

Akta ini bolehlah dinamakan Akta Pemberian Mengikut

Bilangan Orang 2002.

(2)

Akta ini hendaklah disifatkan telah mula berkuat kuasa pada 1 Januari 2002.

Undang-Undang Malaysia

AKTA 622 6

Pindaan Bahagian I Jadual Kesepuluh kepada Perlembagaan

s 2Persekutuan

Subseksyen 1(1) Bahagian I Jadual Kesepuluh kepada

Perlembagaan Persekutuan dipinda dengan menggantikan perenggan

(a)

, (b), (c) dan (d) dengan perenggan yang berikut:

“(a) bagi 100,000 orang yang pertama mengikut kadar RM72.00

bagi tiap-tiap orang;

(b)

bagi 500,000 orang yang berikutnya mengikut kadar

RM10.20 bagi tiap-tiap orang;

(c)

bagi 500,000 orang yang berikutnya mengikut kadar

RM10.80 bagi tiap-tiap orang;

(d)

bagi yang selebihnya mengikut kadar RM11.40 tiap-tiap orang,”.

Pemberian Mengikut Bilangan Orang 7

SENARAI PINDAAN

Undang-undang

Tajuk ringkas

Berkuat kuasa yang meminda dari

TIADA–

Undang-Undang Malaysia

AKTA 622 8

SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA

Seksyen

Kuasa yang meminda

Berkuat kuasa dari

TIADA–