Seksyen 4
Pindah hak milik harta tertentu
of Akta (Pemerbadanan) Synod Diocese Malaysia Barat 1971
Setiausaha Synod Diocese Singapura yang diperbadankan di bawah Ordinan Synod Diocese Singapura 1958 yang padanya terletak hak semua harta alih dan harta tak alih yang bertempat dalam
Semenanjung Malaysia yang dipunyai oleh Perbadanan sebelum sahaja Akta ini mula berkuat kuasa adalah dengan ini dilucutkan haknya mengenai semua harta alih dan harta tak alih itu dan semua harta, hak dan kepentingan mengenainya.
(2)
Semua harta alih dan harta tak alih yang disebut dalam subseksyen (1) dan semua harta, hak dan kepentingan mengenainya adalah dengan ini terletak hak pada Perbadanan mengenai masing-masing harta, hak dan kepentingan yang baginya ia dipegang dan Perbadanan adalah berkuasa penuh untuk mengendalikan harta tersebut sebagaimana yang diperuntukkan dalam subseksyen 2(2).
8 Undang-Undang Malaysia AKTA 36
(3)
Pentadbir Tanah atau Pendaftar Hak milik yang berkenaan hendaklah menggantikan nama pemegang berdaftar dengan nama
Perbadanan berkenaan dengan apa-apa kepentingan berdaftar mengenai harta tak alih dalam Semenanjung Malaysia yang dahulunya terletak hak pada Setiausaha Synod Diocese Singapura.