Akta Pencetakan Teks Al-Qur’An (Pindaan) 2023 · As enacted
20. Seksyen baharu 21a dan 21b
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 21
seksyen yang berikut:
“Pekhidmat Awam 21a. Anggota Lembaga semasa menunaikan kewajipannya atau melaksanakan fungsinya atau menjalankan kuasanya di bawah
Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini hendaklah disifatkan sebagai pekhidmat awam mengikut pengertian Kanun Keseksaan [Akta 574].
Pemakaian Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948 21b. Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948 [Akta 198]
hendaklah terpakai bagi apa-apa tindakan, guaman, pendakwaan atau prosiding terhadap Lembaga atau mana-mana anggota
Lembaga berkenaan dengan apa-apa perbuatan, pengabaian atau keingkaran yang dibuat atau dilakukan olehnya dengan suci hati atau apa-apa peninggalan olehnya dengan suci hati, atas sifat yang sedemikian.”.
Undang-Undang Malaysia 14