Seksyen 3
Pengarah
of Akta Pendaftaran Kapal Layar Antarabangsa Langkawi 2003
(1)
Ketua Pengarah boleh melantik pegawai awam sebagai pegawai diberi kuasa, sama ada secara am atau khusus, bagi maksud melaksanakan Akta ini atau apa-apa perintah, peraturan-peraturan atau kaedah-kaedah yang dibuat di bawah Akta ini, dan tiap-tiap pelantikan hendaklah dibuat secara bertulis.
(2)
Ketua Pengarah boleh mewakilkan penjalanan mana-mana kuasa yang diberikan kepadanya di bawah Akta ini, kecuali kuasa pewakilannya, kepada seseorang pegawai diberi kuasa.
(3)
Ketua Pengarah boleh memberi kuasa mana-mana orang untuk menjalankan apa-apa pengukuran, penyukatan dan pemeriksaan kapal layar di bawah Akta ini.
Pendaftaran Kapal Layar Antarabangsa Langkawi 13