Akta Pendaftaran Kapal Layar Antarabangsa Langkawi 2003 · Updated to 1 Jan 2006 · Bab 2
33. Pindah hakmilik menurut penjualan oleh Mahkamah
Feedback & supportJika Mahkamah memerintahkan penjualan sesuatu kapal layar Langkawi atau suatu bahagian mengenai kapal layar itu, perintah Mahkamah itu hendaklah mengandungi suatu perisytiharan yang meletakhakkan pada seseorang yang dinamakan hak untuk memindahkan hakmilik kapal layar itu atau bahagian mengenai kapal layar itu.
Orang yang dinamakan sedemikian berhak untuk memindahkan hakmilik kapal layar itu atau bahagian mengenai kapal layar itu mengikut cara yang sama dan sehingga takat yang sama seolah-olah dia merupakan pemunya kapal layar itu atau bahagian mengenai kapal layar itu.
Ketua Pengarah hendaklah menguruskan apa-apa permohonan yang berhubungan dengan pemindahan hakmilik kapal layar itu atau bahagian mengenai kapal layar itu yang dibuat oleh orang yang dinamakan seolah-olah orang itu merupakan pemunya bagi kapal layar itu atau bahagian mengenai kapal layar itu.