Skip to content
In forceAs enactedRead it in English

Amendment Act

Akta Pendaftaran Perniagaan (Pindaan) 2015

Amends the Registration of Businesses Act 1956

Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged

(1)

Akta ini bolehlah dinamakan Akta Pendaftaran Perniagaan

(Pindaan) 2015.

(2)

Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta.

s 2Pindaan seksyen 2

Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 [Akta 197], yang disebut

“Akta ibu” dalam Akta ini, dipinda dalam seksyen 2 dengan menggantikan takrif “Registrar” dengan takrif yang berikut:

‘ “Registrar” means the Registrar designated under subsection 20a(1) of the Companies Commission of Malaysia

Act 2001;’.

Undang-Undang Malaysia 4

s 3Pemotongan seksyen 3, 9, 10 dan 14

Akta ibu dipinda dengan memotong seksyen 3, 9, 10 dan 14.

s 4Kecualian

Apa-apa perbuatan, perkara atau prosiding, sama ada sivil atau jenayah, rayuan, penyiasatan, pemeriksaan, arahan atau keputusan yang belum selesai atau sedia ada, di bawah seksyen yang dipotong sebaik sebelum mula berkuat kuasanya Akta ini, hendaklah diteruskan di bawah Akta ibu seolah-olah Akta ibu tidak dipinda.