Skip to content
In forceAs enacted

33c. Section 33c

(1)

Suatu kolej vokasional boleh bekerjasama dengan mana-mana institusi, perbadanan atau organisasi perindustrian bagi maksud—

(a)

melaksanakan Kurikulum Standard Kolej

Vokasional;

A1490 BM.indd 4 7/7/15 12:12:41 PM

Pendidikan (Pindaan)

(b)

meningkatkan kemahiran pendidikan dan latihan teknik dan vokasional murid;

(c)

melaksanakan pemindahan teknologi; dan

(d)

melaksanakan apa-apa pendidikan dan latihan teknik dan vokasional yang dianggap sesuai dan bermanfaat bagi kolej vokasional atau murid.

(2)

Mana-mana program atau latihan yang dijalankan dengan kerjasama suatu institusi, perbadanan atau organisasi perindustrian di bawah subseksyen (1) hendaklah menggunakan

Kurikulum Standard Kolej Vokasional.

Kuasa untuk membuat peraturan-peraturan berhubung dengan kolej vokasional 33d.

Menteri boleh membuat peraturan-peraturan bagi melaksanakan peruntukan Bab ini dan tanpa menjejaskan keluasan kuasa itu, peraturan-peraturan itu boleh mengadakan peruntukan bagi—

(a)

Kurikulum Standard Kolej Vokasional yang hendaklah termasuk pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dijangka akan diperoleh oleh murid pada akhir tempoh pendidikan vokasional;

(b)

penjalanan pengukuran atau penilaian dan pengendalian peperiksaan bagi kolej vokasional oleh Pengarah

Peperiksaan;

(c)

penganugerahan sijil atau diploma;

(d)

disiplin pelajar, termasuk disiplin dan aktiviti murid semasa mengikuti kursus pengajian, latihan atau program di luar kolej vokasional;

(e)

tempoh semester kolej vokasional, hari dan waktu murid hendaklah hadir di kolej vokasional dan hari yang hendaklah dijadikan hari cuti oleh semua kolej vokasional atau mana-mana kolej vokasional;

A1490 BM.indd 5 7/7/15 12:12:42 PM

Undang-Undang Malaysia 6

(f)

penerimaan masuk murid ke kolej vokasional, penyimpanan daftar murid, had umur dan syarat yang membolehkan murid dikekalkan belajar di kolej vokasional atau dalam mana-mana kelas di kolej vokasional;

(g)

penubuhan, penyusunan, pengurusan, pengawalan dan pembubaran persatuan murid kolej vokasional;

(h)

apa-apa perkara lain sebagaimana yang difikirkan suai manfaat atau perlu oleh Menteri bagi maksud

Bab ini.”.

Report