Skip to content

Seksyen 5

Penggantian seksyen 5a

of Akta Penerbangan Awam (Pindaan) 2015

Amendment ActIn forceProvision 5 of 9
Seksyen 5

Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 5a dengan seksyen yang berikut:

“Menubuhkan, menyenggarakan dan mengendalikan aerodrom 5a.  (1)  Menteri boleh—

(a)

membenarkan mana-mana orang untuk menubuhkan suatu aerodrom di Malaysia untuk pelepasan dan pendaratan mana-mana kapal udara yang terlibat dalam membawa penumpang, mel atau kargo untuk sewa atau upah; dan

(b)

membenarkan mana-mana orang untuk menubuhkan, dan melesenkan mana-mana orang untuk menyenggarakan atau mengendalikan, suatu aerodrom di Malaysia untuk pelepasan dan pendaratan mana-mana kapal udara yang terlibat dalam membawa penumpang, mel atau kargo bukan untuk sewa atau upah.

Undang-Undang Malaysia 6

Akta A1497

(2)

Bagi maksud subseksyen (1), Menteri boleh mengenakan terma-terma dan syarat-syarat yang difikirkan perlu.

(3)

Mana-mana orang yang menubuhkan suatu aerodrom tanpa kebenaran atau menyenggarakan atau mengendalikan suatu aerodrom tanpa lesen di bawah subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi satu juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya.

(4)

Mana-mana orang yang tidak mematuhi mana-mana terma dan syarat yang dikenakan di bawah subseksyen (2) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.”.

Pindaan seksyen 24a