Seksyen 12
Meletak kereta kali kedua atas tiket asal
State Subsidiary LegislationIn forceProvision 11 of 62
Seksyen 12
Tiada mana-mana orang yang telah mengalihkan kenderaan motornya dari satu petak letak kereta sebelum tamat tempoh yang dibenarkan bagi meletakkan kenderaan motor itu berhak meletakkan kenderaan motor itu dalam petak yang sama bagi kali keduanya melainkan petak letak kereta yang sama masih kosong dan pemandu atau pemunya kenderaan motor itu masih mempunyai tiket asal yang belum tamat tempoh bagi meletakkan kenderaan motor dan hendaklah menunjukkan kepada pembantu letak kereta yang bertugas dengan mempamerkan semula di atas papan pemuka menghadap cermin hadapan atau mana-mana bahagian kenderaan motor yang mudah dilihat.