Skip to content

Seksyen 20

Meter letak kereta yang rosak

of Perintah Pengangkutan jalan (Peruntukan Mengenai Tempat Letak Kereta) (Majlis Perbandaran Kemaman) 2012

State Subsidiary LegislationIn forceProvision 19 of 62
Seksyen 20
(1)

Mana-mana orang yang meletakkan kenderaan motor di petak letak kereta bermeter di mana meter letak kereta adalah tidak berfungsi atau rosak hendaklah memberitahu pembantu letak kereta mengenai hal itu.

(2)

Apabila hal itu disahkan sebagaimana yang disebut dalam subperenggan

(1)

, pembantu letak kereta hendaklah mengeluarkan resit bayaran rasmi yang padanya hendaklah dicatat —

(a)

nombor pendaftaran kenderaan motor itu;

(b)

tarikh dan tempoh masa kenderaan motor itu dibenarkan diletak yang sama kadarnya dengan amaun wang yang dikatakan telah dimasukkan ke dalam meter letak kereta itu; dan

(c)

menampalkan suatu salinan pendua resit itu pada cermin hadapan atau mana-mana bahagian kenderaan motor itu yang mudah dilihat.

(3)

Pembantu letak kereta yang bertugas hendaklah menampalkan pada mana-mana meter letak kereta yang tidak berfungsi atau rosak suatu notis bagi maksud itu, atau menutup meter letak kereta itu dengan suatu penutup atau dengan apa-apa cara lain yang difikirkannya patut.

(4)

Dalam hal keadaan subperenggan (3), perenggan 9 hingga 13 adalah terpakai mutatis mutandis ke atas petak letak kereta tersebut.

550

[10hb Mei 2012