Skip to content

Seksyen 24

Tidak dibenarkan meletak kenderaan motor tanpa membayar caj ditetapkan

of Perintah Pengangkutan jalan (Peruntukan Mengenai Tempat Letak Kereta) (Majlis Perbandaran Kemaman) 2012

State Subsidiary LegislationIn forceProvision 23 of 62
Seksyen 24
(1)

Tiada mana-mana orang boleh meletakkan apa-apa kenderaan motor di petak letak kereta bayar dan peraga tanpa membayar caj ditetapkan dalam Jadual

Kedua.

(2)

Sebaik sahaja kenderaan motor diletakkan, pemandu atau pemunya kenderaan motor itu hendaklah membayar caj ditetapkan dengan memasukkan ke dalam meter letak kereta bayar dan peraga wang atau kad meter sebagaimana yang ditunjukkan pada meter letak kereta bayar dan peraga itu yang sama nilainya dengan amaun caj ditetapkan untuk tempoh masa kenderaan motor itu hendak diletak.