Skip to content

Seksyen 32

Mempamerkan kupon letak kereta

of Perintah Pengangkutan jalan (Peruntukan Mengenai Tempat Letak Kereta) (Majlis Perbandaran Kemaman) 2012

State Subsidiary LegislationIn forceProvision 31 of 62
Seksyen 32
(1)

Mana-mana pemandu atau pemunya kenderaan motor yang menggunakan kupon letak kereta hendaklah mempamerkan kupon itu di atas papan pemuka menghadap cermin hadapan atau mana-mana bahagian kenderaan motor yang mudah dilihat bagi memastikan bahawa pandangan pembantu letak kereta tidak terhalang untuk memeriksa kupon tersebut ketika kenderaan motor diletakkan di tempat letak kereta berkupon.

(2)

Jika lebih daripada satu kupon letak kereta diperlukan untuk digunakan di tempat letak kereta berkupon, pemandu atau pemunya kenderaan motor hendaklah mempamerkan ke semua kupon tersebut pada masa yang sama.

(3)

Mana-mana kupon letak kereta yang telah digunakan mengikut tempoh masa yang diperlukan hendaklah menjadi tidak sah jika ia dipinda, diubah, dirosak, dilipat atau diconteng.

Kesalahan