Skip to content
In forceUpdated to 1 Dec 2011Read it in English

Act of Parliament

Declaration of an Area in the Bintulu District to Be a Federal Port Act 1979

Feedback & supportDeclaring an area in a district a federal port and handing it over

Long title

Suatu Akta bagi membuat peruntukan mengenai pengisytiharan suatu kawasan di Daerah Bintulu dalam Bahagian Keempat Negeri Sarawak menjadi suatu port persekutuan, mengenai pemindahan dan peletakan hak kepada Kerajaan Persekutuan akan tanggungjawab bagi memajukan, mengawal dan mentadbir port itu dan mengenai semua perkara dan hal lain yang perlu baginya, bersampingan dengannya atau berkaitan dengannya.

In force · Updated to 1 Dec 2011

Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged

s 1Tajuk ringkas

Akta ini bolehlah dinamakan Akta Pengisytiharan Kawasan dalam Daerah Bintulu menjadi suatu Port Persekutuan 1979.

s 2Tafsiran

Dalam Akta ini, “Menteri” ertinya Menteri Persekutuan yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi port dan pangkalan.

s 3Pengisytiharan kawasan menjadi port persekutuan oleh Menteri

Menteri boleh mulai dari tarikh yang ditetapkannya, dengan perintah dalam Warta, mengisytiharkan suatu kawasan dalam Daerah

6 Undang-Undang Malaysia AKTA 217

Bintulu dalam Bahagian Keempat Negeri Sarawak menjadi suatu port persekutuan bernama Port Bintulu.

Kerajaan

Persekutuan bertanggungjawab memajukan, mengawal dan mentadbir kawasan yang diisytiharkan menjadi port persekutuan

s 4Apabila sahaja Menteri mengisytiharkan di bawah seksyen 3

kawasan itu menjadi suatu port persekutuan, tanggungjawab bagi memajukan, mengawal dan mentadbir kawasan itu hendaklah dipindahkan dan diletak hak kepada Kerajaan Persekutuan.

Kerajaan Persekutuan hendaklah mengambil segala langkah dan tindakan dan melakukan segala perkara dan hal yang perlu bagi menjalankan, bersampingan atau berkaitan dengan menjalankan tanggungjawabnya

s 5Section 5

Kerajaan Persekutuan boleh mengambil segala langkah dan tindakan dan melakukan segala perkara dan hal yang perlu bagi menjalankan, bersampingan atau berkaitan dengan menjalankan tanggungjawabnya di bawah Akta ini.

7

UNDANG–UNDANG MALAYSIA

SENARAI PINDAAN

Undang-undang yang meminda

Tajuk ringkas

- TIADA -

Berkuat kuasa dari

8

UNDANG–UNDANG MALAYSIA

SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA

Seksyen

Kuasa meminda

- TIADA -

Berkuat kuasa dari