Skip to content
Amendment ActIn force

Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (Pindaan) 2025

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Enacted
2025
Sections
4
Languages
MS · EN

Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (Pindaan) 2025 is Malaysia Amendment Act, cited as Amendment Act A1771 2025, currently marked in force and first recorded in 2025.

Front matterCover and publication detailsOpen

(Pindaan)

1

UNDANG-UNDANG

MALAYSIA

Akta A1771

Akta PENGURUSAN SISA PEPEJAL DAN

PEMBERSIHAN AWAM (PINDAAN) 2025

Undang-Undang Malaysia 2

Akta A1771

Tarikh Perkenan Diraja

...

...

28 Oktober 2025

Tarikh penyiaran dalam Warta

...

12 November 2025

Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam

(Pindaan)

Opening note

Preamble

  1. Suatu Akta untuk meminda Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007. [ ]

Opening note

Preamble

  1. BAHAWASANYA adalah suai manfaat bagi maksud memastikan keseragaman undang-undang dan dasar untuk membuat undang-undang bagi pengawalan dan pengawalseliaan sepatutnya perkara-perkara yang berhubungan dengan pengurusan sisa pepejal terkawal dan pembersihan awam di seluruh Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan: MAKA, OLEH YANG DEMIKIAN, mengikut Fasal (1) Perkara 74 dan Fasal (2) Perkara 80 Perlembagaan Persekutuan, DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut: Tajuk ringkas, pemakaian dan permulaan kuat kuasa
(1)

Akta ini bolehlah dinamakan Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (Pindaan) 2025.

(2)

Akta ini hendaklah terpakai bagi Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Undang-Undang Malaysia

Akta A1771

Akta PENGURUSAN SISA PEPEJAL DAN

PEMBERSIHAN AWAM (PINDAAN) 2025

Undang-Undang Malaysia 4

Akta A1771

(3)

Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta dan Menteri boleh menetapkan tarikh yang berlainan bagi permulaan kuat kuasa

Akta ini di bahagian-bahagian yang berlainan di Semenanjung

Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Pindaan seksyen 2

Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007

[Akta 672], yang disebut “Akta ibu” dalam Akta ini, dipinda dalam seksyen 2, dalam takrif “sisa pepejal”, dalam perenggan (b), dengan memotong perkataan “kerana sudah pecah, lusuh, tercemar atau selainnya rosak”.

Bahagian baharu VIIIa

Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 77

bahagian yang berikut:

“Bahagian VIIIa

LARANGAN TERHADAP PEMBUANGAN, DSB., SISA PEPEJAL

Larangan terhadap pembuangan, dsb., sisa pepejal di tempat awam atau jalan awam 77a.  (1)  Tiada seorang pun boleh membuang, mencampakkan, menempatkan atau meninggalkan atau menyebabkan untuk dibuang, dicampak, ditempatkan atau ditinggalkan apa-apa sisa pepejal di mana-mana tempat awam atau jalan awam kecuali di dalam bekas yang diperuntukkan bagi maksud itu.

(2)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1)

melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ribu ringgit.

(3)

Bagi maksud seksyen ini, “jalan awam” termasuklah mana-mana jalan Persekutuan, jalan Negeri, lebuh raya, jambatan, terowong atau apa-apa yang bersambungan dengan jalan itu, yang disenggara dan dijaga oleh mana-mana pihak berkuasa

Persekutuan atau Negeri atau mana-mana orang persendirian atau badan persendirian.

Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam

(Pindaan)

5

Perintah khidmat masyarakat 77b.  (1)  Jika seseorang disabitkan atas suatu kesalahan di bawah seksyen 77a, mahkamah yang di hadapannya orang itu disabitkan boleh, sebagai tambahan kepada denda yang ia boleh kenakan di bawah seksyen itu, membuat suatu perintah khidmat masyarakat yang menghendaki orang yang disabitkan itu untuk melaksanakan khidmat masyarakat tidak melebihi dua belas jam secara agregat dalam tempoh tidak melebihi enam bulan dan selama bilangan jam tertentu setiap hari tidak melebihi empat sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah itu.

(2)

Sebelum membuat suatu perintah khidmat masyarakat di bawah subseksyen (1), mahkamah hendaklah—

(a)

menimbangkan keadaan fizikal dan mental orang yang disabitkan itu, jika wajar baginya untuk melaksanakan khidmat masyarakat; dan

(b)

menerangkan kepada orang yang disabitkan itu dalam bahasa biasa—

(3)

Mana-mana pegawai diberi kuasa hendaklah, selepas suatu perintah khidmat masyarakat dibuat di bawah subseksyen (1), menentukan masa dan tempat bagi pelaksanaan khidmat masyarakat itu dan jenis khidmat masyarakat yang hendaklah dilaksanakan oleh orang yang disabitkan itu, dan mengambil langkah-langkah yang munasabah untuk memaklumkan orang yang disabitkan yang diperintahkan untuk melaksanakan khidmat masyarakat itu mengenai masa dan tempat itu, dan jenis khidmat masyarakat yang hendaklah dilaksanakan.

(4)

Dalam tempoh perintah khidmat masyarakat itu, pelaksanaan khidmat masyarakat oleh orang yang disabitkan itu hendaklah diawasi oleh pegawai diberi kuasa.

Undang-Undang Malaysia 6

Akta A1771

(5)

Pengawasan oleh pegawai diberi kuasa itu terhadap pelaksanaan khidmat masyarakat oleh orang yang disabitkan di bawah subseksyen (4) hendaklah mengikut cara sebagaimana yang boleh ditetapkan.

(6)

Mana-mana orang yang tidak mematuhi perintah khidmat masyarakat yang dibuat di bawah subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurang daripada dua ribu ringgit dan tidak melebihi sepuluh ribu ringgit.

(7)

Jika suatu perintah khidmat masyarakat di bawah subseksyen (1) dibuat terhadap seseorang kanak-kanak yang didapati bersalah atas suatu kesalahan di bawah seksyen 77a, peruntukan yang berhubungan dengan perintah khidmat masyarakat di bawah Akta Kanak-Kanak 2001 [Akta 611] hendaklah terpakai.

(8)

Bagi maksud seksyen ini—

(a)

“kanak-kanak” ertinya seseorang yang di bawah umur lapan belas tahun;

(b)

“khidmat masyarakat” ertinya suatu kerja, perkhidmatan atau pelaksanaan arahan yang tidak dibayar yang dilaksanakan atau dijalankan bagi maksud mengekalkan atau menambah baik kebersihan suatu tempat awam.

Kuasa pengawasan khidmat masyarakat 77 c.

Seseorang pegawai diberi kuasa hendaklah mempunyai kuasa untuk mengawasi pelaksanaan apa-apa khidmat masyarakat di bawah suatu perintah khidmat masyarakat yang dibuat di bawah subseksyen 77b(1).”.

Pindaan seksyen 108

Subseksyen 108(2) Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas perenggan (s) perenggan yang berikut:

“(sa) menetapkan jenis khidmat masyarakat yang hendaklah dilaksanakan di bawah suatu perintah khidmat masyarakat;

(sb) menetapkan cara pengawasan pelaksanaan khidmat masyarakat di bawah suatu perintah khidmat masyarakat;”.

Common questions

What is Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (Pindaan) 2025?
Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (Pindaan) 2025 is Malaysia Amendment Act, cited as Amendment Act A1771 2025, currently marked in force and first recorded in 2025.
Is Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (Pindaan) 2025 still in force?
Yes — Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (Pindaan) 2025 is currently in force.
When did Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (Pindaan) 2025 take effect?
Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (Pindaan) 2025 was first recorded in 2025.
How many sections does Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (Pindaan) 2025 have?
Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (Pindaan) 2025 contains 4 sections.
Where can I read the official version of Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (Pindaan) 2025?
The official text of Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (Pindaan) 2025 is published at lom.agc.gov.my.

Something wrong on this page?

If one provision's text doesn't match the official source, use Suggest a fix beside that provision — it opens an editor next to the source document. For anything else — a missing amendment, a broken link, out-of-date content, or a removal request — report it here.