Amendment Act · As enacted
Akta Penjara (Pindaan) 2014
Amends the Prison Act 1995The text
Penjara (Pindaan)
1
UNDANG-UNDANG
MALAYSIA
akta penjara (pindaan) 2014
Undang-Undang Malaysia 2
Tarikh Perkenan Diraja
...
...
27 Mac 2014
Tarikh penyiaran dalam Warta
...
2 April 2014
Hakcipta Pencetak H percetakan nasional malaysia berhad
Penjara (Pindaan)
3
UNDANG-UNDANG malaysia
AKTA penjara (PINDAAN) 2014
Mukadimah · Preamble
Suatu Akta untuk meminda Akta Penjara 1995.
[
]
DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut:
s 1Tajuk ringkas
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Penjara (Pindaan) 2014.
s 2Pindaan seksyen 7
Akta Penjara 1995 [Akta 537] dipinda dalam seksyen 7 dengan memasukkan selepas subseksyen (1) subseksyen yang berikut:
“(1a) Sebagai tambahan, adalah sah bagi Menteri, melalui pemberitahuan dalam Warta, untuk menetapkan lokap di mana-mana balai polis dan bangunan mahkamah sebagaimana yang dinyatakan dalam pemberitahuan itu sebagai tempat bagi pengurungan orang yang direman di bawah Akta Pencegahan
Jenayah 1959 [Akta 297].”.