Skip to content
In forceAs enactedRead it in English

Amendment Act

Akta Penjara (Pindaan) 2015

Amends the Prison Act 1995

Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged

(1)

Akta ini bolehlah dinamakan Akta Penjara (Pindaan) 2015.

(2)

Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta.

s 2Pindaan seksyen 2

Akta Penjara 1995 [Akta 537], yang disebut “Akta ibu” dalam

Akta ini, dipinda dalam subseksyen 2(1)—

(a)

dengan memasukkan selepas takrif “pengamal perubatan berdaftar” takrif yang berikut:

‘ “Pengarah Penjara Negeri” ertinya seseorang pegawai penjara di Negeri yang berkenaan yang berpangkat tidak rendah daripada Penolong Komisioner

Penjara;’;

Undang-Undang Malaysia 4

(b)

dengan menggantikan noktah di hujung takrif “tempat kerja” dengan koma bernoktah; dan

(c)

dengan memasukkan selepas takrif “tempat kerja” takrif yang berikut:

‘ “Timbalan Komisioner Jeneral Penjara” ertinya

Timbalan Komisioner Jeneral Penjara yang dilantik di bawah subseksyen 10(2).’.

s 3Pindaan seksyen 10

Seksyen 10 Akta ibu dipinda dengan menggantikan subseksyen (2) dengan subseksyen yang berikut:

“(2)  Hendaklah dilantik apa-apa bilangan Timbalan Komisioner

Jeneral Penjara, Komisioner Penjara, Timbalan Komisioner

Penjara, Penolong Kanan Komisioner Penjara dan Penolong

Komisioner Penjara, daripada kalangan pegawai penjara, dan apa-apa bilangan pegawai penjara yang perlu bagi menjalankan peruntukan Akta ini.”.

s 4Pindaan seksyen 11

Seksyen 11 Akta ibu dipinda—

(a)

dalam subseksyen (1), dengan menggantikan perkataan

“Komisioner Penjara” dengan perkataan “Timbalan

Komisioner Jeneral Penjara”; dan

(b)

dalam subseksyen (2), dengan menggantikan perkataan

“Komisioner Penjara” dengan perkataan “Timbalan

Komisioner Jeneral Penjara”.

s 5Pindaan seksyen 13

Seksyen 13 Akta ibu dipinda—

(a)

dengan menggantikan nota bahu dengan nota bahu yang berikut:

“Tugas Komisioner Jeneral, Pengarah Penjara

Negeri dan Pegawai yang Menjaga”;

Penjara (Pindaan)

(b)

dalam perenggan (1)(c)—

(i)

dengan memotong perkataan “dan” di hujung subperenggan (i);

(ii)

dengan menggantikan noktah di hujung subperenggan

(ii)

dengan perkataan “; dan”; dan

(iii)

dengan memasukkan selepas subperenggan (ii)

subperenggan yang berikut:

“(iii) banduan yang dipindahkan sebagaimana yang diperuntukkan dalam Bahagian IVb.”;

dan

(c)

dengan memasukkan selepas subseksyen (1) subseksyen yang berikut:

“(1a)  Tertakluk kepada perintah Komisioner Jeneral,

Pengarah Penjara Negeri hendaklah bagi Negeri yang di bawah jagaannya—

(a)

menyelia dan mengawal Pegawai yang Menjaga, pusat latihan pegawai penjara, parol dan perkhidmatan komuniti; dan

(b)

bertanggungjawab kepada Komisioner Jeneral bagi—

(i)

pematuhan sewajarnya oleh pegawai penjara dan banduan akan Akta ini dan semua undang-undang bertulis lain yang berhubungan dengan penjara, pusat latihan pegawai penjara, parol dan perkhidmatan komuniti;

(ii)

pengawalseliaan apa-apa urusan yang berhubungan dengan Lembaga Hakim

Pelawat;

(iii)

pengurusan perkara yang berhubungan dengan pengampunan banduan; dan

(iv)

pemindahan banduan sebagaimana yang diperuntukkan dalam Bahagian IVb.”.

Undang-Undang Malaysia 6

s 6Bahagian baru IVb

Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 46o

Bahagian yang berikut:

‘Bahagian IVb

PEMINDAHAN ANTARABANGSA BANDUAN

Pemakaian Bahagian ini 46p.  Bahagian ini hendaklah terpakai hanya bagi banduan yang dipindahkan di bawah Akta Pemindahan Antarabangsa

Banduan 2012 [Akta 754].

Tafsiran 46q.  Bagi maksud Bahagian ini—

“banduan yang dipindahkan” ertinya banduan yang dipindahkan di bawah Akta Pemindahan Antarabangsa Banduan 2012; dan

“Negara asing yang ditetapkan” mempunyai erti yang diberikan kepadanya di bawah Akta Pemindahan Antarabangsa

Banduan 2012.

Perintah Tetap Komisioner Jeneral yang berhubungan dengan banduan yang dipindahkan 46r.  Komisioner Jeneral boleh membuat dan mengeluarkan perintah yang dipanggil Perintah Tetap Komisioner Jeneral di bawah seksyen 12 berkenaan dengan banduan yang dipindahkan yang hendaklah selaras dengan Akta Pemindahan Antarabangsa

Banduan 2012 atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta itu.

Penjara (Pindaan)

7

Peremitan hukuman bagi banduan yang dipindahkan 46s.  (1)  Berhubung dengan banduan yang dipindahkan ke

Malaysia dari suatu Negara asing yang ditetapkan—

(a)

jika banduan itu tidak mendapat apa-apa peremitan hukuman di Negara asing yang ditetapkan itu, banduan yang dipindahkan itu hendaklah berhak diberikan peremitan yang dikira daripada baki hukumannya yang akan dijalani di Malaysia; atau

(b)

jika banduan itu telah mendapat peremitan hukuman di Negara asing yang ditetapkan itu, banduan yang dipindahkan itu tidak berhak untuk mendapat apa-apa peremitan daripada baki hukumannya yang akan dijalani di Malaysia.

(2)

Tertakluk kepada subseksyen (1), seksyen 44 Akta ini dan mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini yang berhubungan dengan peremitan hendaklah terpakai bagi banduan yang dipindahkan ke Malaysia dari suatu Negara asing yang ditetapkan.

Kuasa Lembaga Parol yang berhubungan dengan banduan yang dipindahkan 46t.  (1)  Lembaga Parol boleh—

(a)

mengubah atau meminda syarat sedia ada Perintah Parol yang telah dikeluarkan oleh Negara asing yang ditetapkan;

atau

(b)

mengenakan syarat lanjut ke atas Perintah Parol yang telah dikeluarkan oleh Negara asing yang ditetapkan.

(2)

Perintah Parol yang diubah atau dipinda atau apa-apa syarat lanjut yang dikenakan di bawah perenggan (1)(a) atau (b)

hendaklah disifatkan sebagai Perintah Parol yang telah dikeluarkan oleh Lembaga Parol.

Undang-Undang Malaysia 8

(3)

Jika banduan yang dipindahkan dari Negara asing yang ditetapkan gagal mematuhi apa-apa syarat yang ditetapkan dalam Perintah Parol yang dikeluarkan oleh Negara asing yang ditetapkan atau apa-apa syarat yang telah diubah atau dipinda atau apa-apa syarat yang dikenakan oleh Lembaga

Parol, Lembaga Parol boleh menggantung atau membatalkan

Perintah Parol tersebut.

Pengecualian syarat layak parol bagi banduan yang dipindahkan 46u.  (1)  Komisioner Jeneral hendaklah mengecualikan banduan yang dipindahkan dari Negara asing yang ditetapkan dan telah dilepaskan secara parol daripada syarat yang dinyatakan dalam perenggan 46e(3)(c).

(2)

Komisioner Jeneral boleh mengecualikan banduan yang dipindahkan dari Negara asing yang ditetapkan dan belum dilepaskan secara parol daripada syarat yang dinyatakan dalam perenggan 46e(3)(c).’.

s 7Pindaan Jadual Pertama

Jadual Pertama Akta ibu dipinda dengan memasukkan di bawah perkataan “Komisioner Jeneral Penjara” perkataan “Timbalan

Komisioner Jeneral Penjara”.