Seksyen 3
Subseksyen 7(2) Akta ibu dipinda—
of Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan (Pindaan) 2025
(a)
dalam perenggan (d), dengan memotong perkataan
“[Akta 208]”;
(b)
dengan menggantikan perenggan (e) dengan perenggan yang berikut:
“(e) untuk menubuhkan apa-apa skim bagi pemberian pinjaman daripada Baitulmal selain wang zakat kepada individu beragama Islam bagi maksud mengikuti pendidikan tinggi;”;
(c)
dalam perenggan (f), dengan memotong perkataan
“dan” di hujung perenggan itu; dan
(d)
dengan memasukkan selepas perenggan (f) perenggan yang berikut:
“(fa) untuk menubuhkan, menyenggarakan dan menguruskan rumah kebajikan, tempat perlindungan dan pusat pemulihan; dan”.