Skip to content

Seksyen 39

Kecualian dan peralihan

of Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan (Pindaan) 2025

Amendment ActIn forceProvision 39 of 39
Seksyen 39
(1)

Semua orang yang, sebaik sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, memegang jawatan di bawah Akta ibu sebagai

Mufti, Timbalan Mufti, Ketua Pendakwa Syarie, Pengerusi dan anggota Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak, Pengerusi dan anggota Jawatankuasa Pengawasan Pengajaran Agama dan, pegawai dan pekhidmat Majlis hendaklah, pada permulaan kuat kuasa

Akta ini, terus memegang jawatan sehingga habis tempoh jawatannya.

(2)

Semua orang yang dilantik di bawah Akta ibu sebaik sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini sebagai mutawalli atau qayyim hendaklah, pada permulaan kuat kuasa Akta ini, terus bertindak sedemikian sehingga habis tempoh perjanjiannya.

(3)

Kaedah-Kaedah Pentadbiran Undang-Undang Islam

(Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Tauliah Mengajar Agama Islam)

2006 [P.U. (A) 74/2006] yang dibuat di bawah subseksyen 96(4)

Akta ibu hendaklah terus berkuat kuasa sehingga dipinda atau dibatalkan.

(4)

Semua tindakan dan prosiding yang dimulakan atau yang belum selesai sebaik sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah, pada permulaan kuat kuasa Akta ini, diteruskan atau diselesaikan di bawah Akta ibu seolah-olah Akta ibu tidak dipinda oleh Akta ini.