Skip to content
In forceAs enactedRead it in English

Amendment Act

Akta Penyelarasan Pencen (Pindaan) 2011

Feedback & supportAmends the Pensions Adjustment Act 1980

Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged

(1)

Akta ini bolehlah dinamakan Akta Penyelarasan Pencen

(Pindaan) 2011.

(2)

Akta ini mula berkuat kuasa pada 1 Januari 2012.

s 2Pindaan seksyen 4

Akta Penyelarasan Pencen 1980 [Akta 238], yang disebut

“Akta ibu” dalam Akta ini, dipinda dalam seksyen 4 dengan menggantikan perkataan “dua belas tahun setengah”, di mana-mana jua terdapat, dengan perkataan “dua puluh tahun”.

s 3Pindaan seksyen 5

Seksyen 5 Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan

“dua belas tahun setengah”, di mana-mana jua terdapat, dengan perkataan “dua puluh tahun”.

Undang-Undang Malaysia 4

s 4Kecualian dan peralihan

Pembayaran pencen terbitan atau elaun persaraan terbitan yang berbangkit daripada pindaan yang dibuat di bawah seksyen 2 dan 3 Akta ini kepada orang selain mereka yang disebut dalam subseksyen 4(3) dan 5(4) Akta ibu, jika tempoh dua belas tahun setengah itu telah habis sebelum 1 Januari 2012, hendaklah diuruskan sebagaimana yang berikut:

(a)

tempoh dua puluh tahun itu hendaklah dikira dari tarikh persaraan pegawai itu;

(b)

orang itu tidak berhak untuk mendapat pembayaran pencen terbitan atau elaun persaraan terbitan bagi tempoh selepas habisnya tempoh dua belas tahun setengah hingga 31 Disember 2011; dan

(c)

pembayaran pencen terbitan atau elaun persaraan terbitan itu hendaklah hanya dibuat mulai 1 Januari 2012.