Skip to content
In forceAs enactedRead it in English
Contents

14. Kecualian dan peralihan

Feedback & support
(1)

Jika mana-mana pegawai atau orang tanggungannya layak bagi penyelarasan pencen atau faedah lain di bawah Akta ibu sebelum 1 Januari 2013 tetapi penyelarasan itu tidak dibuat sebelum tarikh itu, pencen atau faedah lain itu hendaklah terlebih dahulu diselaraskan mengikut peruntukan Akta ibu sehingga 31 Disember 2012 seolah-olah Akta ibu tidak dipinda oleh Akta ini.

(2)

Pencen dan faedah lain pegawai dan orang tanggungannya hendaklah, dari 1 Januari 2013, dihitung berdasarkan subseksyen 3(1)

sebagaimana yang dipinda oleh Akta ini dan hendaklah kena dibayar mulai tarikh itu.

(3)

Bagi mana-mana pegawai atau orang tanggungannya yang pencen atau faedah lainnya telah diselaraskan mengikut Akta ibu sebaik sebelum 1 Januari 2013, pencen atau faedah lain itu hendaklah, dari 1 Januari 2013, dihitung berdasarkan subseksyen 3(1)

sebagaimana yang dipinda oleh Akta ini dan hendaklah kena dibayar mulai tarikh itu.

Report