Amendment Act · As enacted
Akta Penyemakan Undang-Undang (Pindaan) 2019
Feedback & supportAmends the Revision of Laws Act 1968Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Penyemakan
Undang-Undang (Pindaan) 2019.
Akta ini mula berkuat kuasa pada 1 Ogos 2019.
s 2Pindaan seksyen 6
Akta Penyemakan Undang-Undang 1968 [Akta 1], yang disebut
“Akta ibu” dalam Akta ini, dipinda dalam seksyen 6, dengan memasukkan selepas perenggan (1)(xvii) perenggan yang berikut:
“(xviia) untuk membuat apa-apa perubahan dalam mana-mana undang-undang bertulis untuk menunjukkan apa-apa pertukaran nama jawatan, atau pemindahan apa-apa fungsi atau tanggungjawab, mana-mana Menteri, atau pertukaran nama mana-mana Kementerian;”.
UNDANG-UNDANG MALAYSIA
AKTA PENYEMAKAN UNDANG-UNDANG
(PINDAAN) 2019
Undang-Undang Malaysia 4
s 3Pindaan seksyen 14
Subseksyen 14(2) Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas perkataan “(xvii),” perkataan “(xviia),”.
s 4Permulaan kuat kuasa pertukaran atau pemindahan
Apa-apa pertukaran nama jawatan, atau pemindahan apa-apa fungsi atau tanggungjawab, mana-mana Menteri, atau pertukaran nama mana-mana Kementerian, hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh pertukaran nama jawatan, atau pemindahan apa-apa fungsi atau tanggungjawab, mana-mana Menteri, atau pertukaran nama mana-mana Kementerian itu, mengikut mana-mana yang berkenaan.