Skip to content

Seksyen 24

Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 71

of Akta Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (Pindaan) 2022

Amendment ActIn forceProvision 26 of 57
Seksyen 24

seksyen yang berikut:

“Pengiraan levi pertama berkenaan dengan anggota penanggung insurans baharu 71a.  (1)  Levi pertama hendaklah dikira seperti yang berikut:

(a)

levi pertama yang kena dibayar oleh suatu anggota penanggung insurans baharu hendaklah dikira berdasarkan asas sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri;

Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (Pindaan)

(b)

levi pertama berkenaan dengan perniagaan takaful keluarga, takaful am, insurans hayat dan insurans am hendaklah dikira secara berasingan; dan

(c)

kadar levi yang terpakai bagi setiap anggota penanggung insurans baharu hendaklah berdasarkan apa-apa kriteria yang ditetapkan dalam peraturan-peraturan.

(2)

Levi pertama yang kena dibayar oleh suatu anggota penanggung insurans baharu hendaklah berdasarkan penyata yang diperakui oleh ketua eksekutif anggota penanggung insurans baharu itu dan dikemukakan dalam apa-apa bentuk dan dalam apa-apa tempoh sebagaimana yang dikehendaki oleh Perbadanan.”.

Pindaan seksyen 72