Skip to content

Seksyen 56

Kecualian

of Akta Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (Pindaan) 2022

Amendment ActIn forceProvision 57 of 57
Seksyen 56
(1)

Segala sebutan mengenai “deposit berkaitan indeks” dalam

Akta ibu hendaklah, pada permulaan kuat kuasa Akta ini, ditafsirkan sebagai sebutan mengenai “pelaburan berkaitan derivatif”.

Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (Pindaan)

(2)

Walau apa pun subsubperenggan 41(1)(a)(EA), semua pelaburan berkaitan derivatif yang telah ditentukan sebelumnya sebagai diinsuranskan oleh Perbadanan hendaklah terus diinsuranskan oleh Perbadanan sehingga ia matang, dikeluarkan sepenuhnya atau selainnya ditamatkan, mengikut mana-mana yang lebih awal.

(3)

Bagi mengelakkan keraguan, deposit Islam yang diterima oleh suatu anggota penerima deposit di bawah Akta Perbankan

Islam 1983 [Akta 276] yang dimansuhkan yang disifatkan sebagai deposit Islam di bawah seksyen 288 Akta Perkhidmatan Kewangan

Islam 2013 dan yang telah ditentukan sebagai diinsuranskan oleh Perbadanan hendaklah terus diinsuranskan oleh Perbadanan sehingga mereka terhenti disifatkan sebagai deposit Islam di bawah

Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013.