Seksyen 18
of Akta Perbadanan Kemajuan Pelancongan Malaysia 1972
Seksyen 18
Perbadanan hendaklah mempunyai suatu meteri dan meteri itu boleh, dari semasa ke semasa, dipecahkan, ditukar, diubah atau dibuat baharu mengikut sebagaimana yang difikirkannya patut :
Dengan syarat bahawa sehingga suatu meteri diadakan di bawah seksyen ini, suatu cap mengandungi perkataan "Perbadanan Kemajuan Pelancungan Malaysia" boleh digunakan sebagai suatu meteri.
(2)
Segala suratikatan, dokumen, dan lain-lain suratcara yang memerlukan meteri Perbadanan hendaklah dimeterikan dengan sewajarnya di hadapan dua orang ahli Lembaga yang akan menandatangani tiap-tiap suratikatan, dokumen atau suratcara yang dimeteri itu; dan tandatangan itu hendaklah, tanpa diakusaksi selanjutnya, menjadi keterangan yang cukup bahawa meteri itu telah dicapkan dengan sempurna dan sewajarnya dan bahawa meteri itu adalah meteri Perbadanan yang sah.