Skip to content

Seksyen 7

of Akta Perbadanan Kemajuan Pelancongan Malaysia 1972

ActRepealedProvision 7 of 32

Seksyen 7

(1)

Ketua Pengarah bersama-sama dengan Pengarah atau pengarah-pengarah yang dilantik oleh Lembaga dengan kelulusan Menteri hendaklah bertanggungjawab atas pentadbiran dan pengurusan hari ke sehari hal-ehwal Perbadanan dan hendaklah menjalankan apa-apa kewajipan dan kuasa yang diamanah atau diwakilkan oleh Lembaga atau oleh Pengerusi Lembaga apabila bertindak bagi pihak Lembaga:

Dengan syarat bahawa Pengarah dan pengarah-pengarah yang pertama selepas sahaja mula berkuatkuasanya Akta ini tidak boleh dilantik sebagaimana diperuntukkan di atas tetapi sebaliknya hendaklah dilantik oleh Menteri.

(2)

Lembaga boleh melantik pegawai-pegawai dan penjawat-penjawat lain sebagaimana yang difikirkannya perlu untuk menjalankan hal-ehwal Perbadanan dengan cekap.

(2A)

Ketua Pengarah hendaklah bertanggungjawab kepada Pengerusi Lembaga, apabila bertindak bagi pihak Lembaga.

(3)

Pengarah atau pengarah-pengarah dan lain-lain pegawai dan penjawat Perbadanan hendaklah bertanggung-jawab kepada Lembaga.

(4)

Pengarah atau pengarah-pengarah, pegawai-pegawai dan penjawat-penjawat Perbadanan hendaklah memegang jawatan selama satu atau beberapa tempoh, menerima apaapa gaji dan elaun dan hendaklah tertakluk kepada apaapa syarat perkhidmatan mengikut sebagaimana yang ditetapkan oleh Lembaga dengan kelulusan Menteri.