Skip to content
In forceUpdated to 1 Nov 2014Read it in English

Act of Parliament

Akta Perbadanan Kewangan Perdagangan Islam Antarabangsa 2007

Membership in an international Islamic trade finance corporation

Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged

(1)

Akta ini bolehlah dinamakan Akta Perbadanan Kewangan

Perdagangan Islam Antarabangsa 2007.

(2)

Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh Perjanjian mula berkuat kuasa bagi Kerajaan Malaysia menurut Perkara 53 Perjanjian itu.

6

Undang-Undang Malaysia

s 2Tafsiran

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

“Anggota” ertinya sesuatu negara atau institusi yang merupakan anggota Perbadanan;

“Kerajaan” ertinya Kerajaan Malaysia;

“Ketua Pegawai Eksekutif” ertinya Ketua Pegawai Eksekutif

Perbadanan;

“Lembaga Pengarah” ertinya Lembaga Pengarah Perbadanan;

“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kewangan;

“Perbadanan” ertinya Perbadanan Kewangan Perdagangan Islam

Antarabangsa yang ditubuhkan melalui Perjanjian;

“Perhimpunan Agung” ertinya Perhimpunan Agung

Perbadanan;

“Perjanjian” ertinya perjanjian antarabangsa bagi penubuhan dan pengendalian Perbadanan Kewangan Perdagangan Islam Antarabangsa yang ditandatangani di Bandar Kuwait, Kuwait pada 30 Mei 2006.

(1)

Perbadanan hendaklah mempunyai keperibadian juridikal dan apa-apa keupayaan undang-undang yang perlu bagi menjalankan kuasanya dan melaksanakan fungsinya mengikut Perjanjian.

(2)

Tanpa menjejaskan keluasan makna subseksyen (1),

Perbadanan hendaklah mempunyai keupayaan untuk—

(a)

membuat kontrak;

(b)

memperoleh, memegang dan melupuskan harta alih dan harta tak alih; dan 7

Perbadanan Kewangan Perdagangan

Islam Antarabangsa

(c)

memulakan prosiding undang-undang atas namanya dan membela apa-apa tindakan yang dibawa terhadap

Perbadanan dalam suatu mahkamah yang mempunyai bidang kuasa berwibawa.

s 4Kuasa untuk memohon beli syer saham modal Perbadanan

Menteri diberi kuasa untuk memohon beli bagi pihak

Kerajaan—

(a)

syer saham modal dibenarkan Perbadanan mengikut perenggan (1) Perkara 10 Perjanjian bagi apa-apa amaun yang tidak melebihi amaun yang sama nilai dengan tiga puluh juta dolar Amerika Syarikat;

(b)

jika saham modal dibenarkan Perbadanan ditambah atas permintaan Perhimpunan Agung mengikut perenggan (3)

Perkara 10 Perjanjian, sebanyak suatu kadar daripada pertambahan saham sebagaimana yang diperuntukkan dalam perenggan itu; dan

(c)

jika syer Kerajaan telah ditambah atas permintaan Kerajaan di bawah perenggan (6) Perkara 11 Perjanjian, sebanyak amaun pertambahan itu.

(1)

Hendaklah dipertanggungkan pada Kumpulan Wang

Disatukan Kerajaan—

(a)

semua jumlah wang yang kena dibayar kepada Perbadanan dengan cara permohonan beli saham modalnya di bawah dan mengikut cara pembayarannya sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perkara 12 Perjanjian;

(b)

semua jumlah wang yang kena dibayar kepada Perbadanan dengan cara permohonan beli tambahan oleh Kerajaan bagi saham modal Perbadanan mengikut perenggan (6)

Perkara 11 Perjanjian;

8

Undang-Undang Malaysia

(c)

apa-apa jumlah wang yang hendak dijadikan oleh Kerajaan sebagai deposit dengan Perbadanan di bawah subperenggan

(2)

(b)

Perkara 8 Perjanjian; dan

(d)

semua jumlah wang yang kena dibayar kepada Perbadanan di bawah mana-mana peruntukan lain Perjanjian itu.

(2)

Semua jumlah wang yang dipertanggungkan pada Kumpulan

Wang Disatukan Kerajaan di bawah seksyen ini hendaklah dibayar dalam dolar Amerika Syarikat.

s 6Penerimaan

Semua jumlah wang yang diterima oleh atau bagi pihak Kerajaan daripada Perbadanan hendaklah dibayar ke dalam Kumpulan Wang

Disatukan Kerajaan.

9

Perbadanan Kewangan Perdagangan

Islam Antarabangsa

SENARAI PINDAAN

Undang-Undang

Tajuk ringkas

Berkuat kuasa yang meminda dari

- TIADA-

10

Undang-Undang Malaysia

SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA

Seksyen

Kuasa meminda

Berkuat kuasa dari

- TIADA-