Skip to content
In forceUpdated to 1 Mar 2017Read it in English
Contents

Bahagian II · Bahagian II Jadual 5;

9. Kebenaran memegang tanah di Persekutuan

Feedback & support
(1)

Walau apa pun peruntukan mana-mana undang-undang yang berlawanan, Perbadanan boleh memiliki atau memegang atau diberikan, diberi hakmilik, dipajakkan atau dipindahkan hakmilik kepada, mana-mana tanah atau apa-apa kepentingan mengenai mana-mana tanah di mana-mana bahagian Persekutuan, bagi maksud

Perbadanan atau kediaman atau pejabat ketua pegawai eksekutif atau pegawai Perbadanan.

(2)

Tanah atau kepentingan yang disebut dalam subseksyen (1)

boleh dipegang oleh Perbadanan atas namanya atau bagi pihaknya oleh mana-mana orang yang dinamakan bagi maksud subseksyen ini sama ada secara am atau dalam hal tertentu secara bertulis yang dialamatkan kepada Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi hal ehwal luar negeri oleh atau bagi pihak

Perbadanan, mengikut mana-mana yang berkenaan, dan Perbadanan atau orang, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah didaftarkan dengan sewajarnya sebagai tuan punya, penerima pajak atau selainnya, mengikut kehendak keadaan, dalam apa-apa daftar yang disimpan di bawah peruntukan Kanun Tanah Negara.

(3)

Bagi maksud apa-apa urusan mengenai apa-apa tanah atau kepentingan dalam apa-apa tanah yang terletak hak atas nama

Perbadanan, mana-mana orang yang diberi kuasa bagi maksud subseksyen ini sama ada secara amnya atau dalam hal tertentu secara bertulis yang dialamatkan kepada Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi hal ehwal luar negeri oleh atau bagi pihak

Perbadanan boleh, oleh sebab pemberikuasaan itu, menyempurnakan semua atau apa-apa surat cara dan melakukan apa-apa perbuatan atau perkara bagi memberikan kuat kuasa kepada apa-apa urusan mengenai tanah sedemikian bagi pihak Perbadanan mengikut cara yang sama dan setakat yang serupa seolah-olah orang itu telah diberi kuasa untuk berbuat sedemikian melalui suatu surat kuasa wakil yang sah yang dihantar serah dengan sewajarnya di bawah peruntukan Kanun Tanah Negara.

14 Undang-Undang Malaysia AKTA 721

Report