Skip to content
Amendment ActIn force

Akta Perbekalan (Penguntukan Semula Peruntukan Perbelanjaan) 2024

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Enacted
2024
Sections
2
Languages
MS · EN

Akta Perbekalan (Penguntukan Semula Peruntukan Perbelanjaan) 2024 is Malaysia Amendment Act, cited as Amendment Act A1704 2024, currently marked in force and first recorded in 2024.

Front matterCover and publication detailsOpen

Peruntukan Perbelanjaan)

1

UNDANG-UNDANG

MALAYSIA

Akta A1704

AKTA PERBEKALAN (PENGUNTUKAN SEMULA

PERUNTUKAN PERBELANJAAN) 2024

Undang-Undang Malaysia 2

Akta A1704

Tarikh Perkenan Diraja

...

...

30 April 2024

Tarikh penyiaran dalam Warta

...

9 Mei 2024

Hakcipta Pencetak H

Perbekalan (Penguntukan Semula

Peruntukan Perbelanjaan)

3

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Akta A1704

AKTA PERBEKALAN (PENGUNTUKAN SEMULA

PERUNTUKAN PERBELANJAAN) 2024

Opening note

Preamble

  1. Suatu Akta bagi menguntukkan semula sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan sebagaimana yang diperuntukkan melalui Akta Perbekalan 2024 [Akta A1697] untuk perbelanjaan bagi perkhidmatan untuk sebahagian daripada tahun 2024 dan bagi memperuntukkan jumlah wang itu untuk maksud-maksud yang tertentu bagi bahagian tahun itu. [ ]

Opening note

Preamble

  1. BAHAWASANYA, berikutan penyusunan semula Kabinet pada 12 Disember 2023, beberapa kementerian telah disusun semula dan dinamakan semula dan beberapa kementerian baharu telah ditubuhkan dengan fungsi-fungsinya dipindahkan daripada kementerian-kementerian lain: DAN BAHAWASANYA perbelanjaan bagi maksud-maksud yang melibatkan kementerian-kementerian yang disusun semula dan dinamakan semula itu telah diperuntukkan melalui Akta Perbekalan 2024: DAN BAHAWASANYA terdapat keperluan untuk menyelaraskan peruntukan perbelanjaan berkenaan dengan beberapa kementerian yang disusun semula dan dinamakan semula itu berikutan dengan penyusunan semula fungsi-fungsi kementerian: Undang-Undang Malaysia 4 Akta A1704 DAN BAHAWASANYA amaun yang belum dibelanjakan berhubung dengan kementerian-kementerian yang peruntukan perbelanjaannya perlu dikurangkan akan disekat melalui waran yang dikeluarkan oleh Menteri Kewangan di bawah perenggan 13(3)(b) Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61]: DAN BAHAWASANYA menurut Perkara 100 Perlembagaan Persekutuan, penguntukan semula peruntukan perbelanjaan bagi maksud-maksud yang melibatkan kementerian-kementerian yang disusun semula dan dinamakan semula, dan kementerian-kementerian baharu itu hanya boleh dilakukan melalui suatu Akta Perbekalan: MAKA, OLEH YANG DEMIKIAN, DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut: Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa
(1)

Akta ini bolehlah dinamakan Akta Perbekalan (Penguntukan

Semula Peruntukan Perbelanjaan) 2024.

(2)

Akta ini disifatkan telah mula berkuat kuasa pada 3 Januari 2024.

Penguntukan semula peruntukan perbelanjaan bagi tahun 2024

Maka dengan ini diuntukkan semula sejumlah wang yang tidak melebihi enam ratus empat puluh lapan juta lima ratus tiga puluh tujuh ribu empat ratus ringgit (RM648,537,400) daripada

Kumpulan Wang Disatukan seperti yang diperuntukkan melalui

Akta Perbekalan 2024 bagi perbelanjaan untuk perkhidmatan dan maksud yang dinyatakan dalam Jadual bagi tahun 2024.

Jadual

Maksud

Tajuk

Amaun

(RM)

B. 6

Jabatan Perdana Menteri 64,912,200

B. 7

Jabatan Perkhidmatan Awam 21,673,000

B. 14

Kementerian Perpaduan Negara 1,433,200

Perbekalan (Penguntukan Semula

Peruntukan Perbelanjaan)

5

Maksud

Tajuk

Amaun

(RM)

B. 26

Kementerian Pembangunan Usahawan dan

Koperasi 783,700

B. 33

Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi

Air 340,087,300

B

47

Kementerian Komunikasi 37,382,400

B. 50

Kementerian Digital 182,265,600

Jumlah 648,537,400

Common questions

What is Akta Perbekalan (Penguntukan Semula Peruntukan Perbelanjaan) 2024?
Akta Perbekalan (Penguntukan Semula Peruntukan Perbelanjaan) 2024 is Malaysia Amendment Act, cited as Amendment Act A1704 2024, currently marked in force and first recorded in 2024.
Is Akta Perbekalan (Penguntukan Semula Peruntukan Perbelanjaan) 2024 still in force?
Yes — Akta Perbekalan (Penguntukan Semula Peruntukan Perbelanjaan) 2024 is currently in force.
When did Akta Perbekalan (Penguntukan Semula Peruntukan Perbelanjaan) 2024 take effect?
Akta Perbekalan (Penguntukan Semula Peruntukan Perbelanjaan) 2024 was first recorded in 2024.
How many sections does Akta Perbekalan (Penguntukan Semula Peruntukan Perbelanjaan) 2024 have?
Akta Perbekalan (Penguntukan Semula Peruntukan Perbelanjaan) 2024 contains 2 sections.
Where can I read the official version of Akta Perbekalan (Penguntukan Semula Peruntukan Perbelanjaan) 2024?
The official text of Akta Perbekalan (Penguntukan Semula Peruntukan Perbelanjaan) 2024 is published at lom.agc.gov.my.

Something wrong on this page?

If one provision's text doesn't match the official source, use Suggest a fix beside that provision — it opens an editor next to the source document. For anything else — a missing amendment, a broken link, out-of-date content, or a removal request — report it here.