Skip to content

Seksyen 10

Seksyen 21 Akta ibu dipinda—

of Akta Perdagangan Strategik (Pindaan) 2017

Amendment ActIn forceProvision 10 of 20
Seksyen 10

(a)

dalam subseksyen (3), dengan menggantikan perkataan

“dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak kurang daripada sepuluh tahun atau dengan denda tidak kurang daripada sepuluh juta ringgit atau dengan kedua-duanya, dan dalam hal suatu pertubuhan perbadanan, dihukum dengan denda minimum sebanyak dua puluh juta ringgit”

dengan perkataan “dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau dengan denda tidak melebihi sepuluh juta ringgit atau dengan kedua-duanya, dan dalam hal suatu pertubuhan perbadanan, dihukum dengan denda tidak melebihi dua puluh juta ringgit”; dan

(b)

dalam subseksyen (4), dengan menggantikan perkataan

“dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak kurang daripada sepuluh tahun atau dengan denda tidak kurang daripada sepuluh juta ringgit atau dengan kedua-duanya, dan dalam hal suatu pertubuhan perbadanan, dihukum dengan denda minimum sebanyak dua puluh juta ringgit” dengan perkataan “dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau dengan denda tidak melebihi sepuluh juta ringgit atau dengan kedua-duanya, dan dalam hal suatu pertubuhan perbadanan, dihukum dengan denda tidak melebihi dua puluh juta ringgit”.

Perdagangan Strategik (Pindaan)

15